Khamis, 9 Jun 2011

Abangla & Vietnam BERTEMPUR..

click 4 zoom!

NILAI – Kira-kira 400 pekerja warga asing terbabit dalam satu insiden pergaduhan bersenjatakan kayu, besi dan batu di sebuah asrama sebuah kilang tekstil Taman Semarak, di sini malam semalam.
Pergaduhan antara kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh mengusik seorang perkerja wanita Vietnam.

Akibat kejadian itu dua pekerja Vietnam dan seorang warga Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana mengalami kecederaan manakala 20 lagi terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan,pihak polis menerima laporan pergaduhan kira-kira pukul 9 malam dan siasatan awal mendapati sekurang-kurangnya 400 pekerja asing terlibat dalam pergaduhan itu.
“Tetapi pergaduhan ini berjaya dileraikan dengan berkesan hasil campur tangan pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan pada kira-kira pukul 5 pagi,” katanya di sini hari ini.
Abd. Manan berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini dan para penduduk berhampiran kawasan kejadian diminta tidak berasa bimbang. 
Mengulas lanjut pergaduhan berkenaan, beliau berkata, wanita warga Vietnam yang dipercayai menjadi punca kepada pergaduhan itu dilapor bertindak menelefon rakannya selepas mendakwa dirinya diganggu seorang pekerja lelaki Bangladesh.
Kata beliau, sekumpulan lelaki warga Vietnam telah bertindak memukul lelaki warga Bangladesh berkenaan sebelum rakan daripada kedua-dua belah pihak masuk campur menyebabkan pertelingkahan berlanjutan hingga ke asrama kilang.

in my opinion:
1. hantar je diorang nih balik..x payah nak susukan kera dihutan ni
2. diorg igt ni bapak dia punya negara? wah-wah-wah
3.ORG BANGLA mmg gatal..napsu kuda!
4.tahniah polis sb berjaya leraikan..tebaik
5.hidup ni kene bnyk sbar...huhu
6.moge mender buruk cmni x berulang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan