Hello. Beberapa bulan (Post yang boleh dikatan da nak expired la..haha) yang lalu kitorg ade pergi makan kat Restaurant Bubba Gump . Tau tak restoran ape kebende tu ? Restaurant Bubba Gump menyediakan pelbagai jenis Udang untuk disantap oleh para pengunjungnya bagi memenuhi tembolok masing - masing..haha
Kat Malaysia ni ade 3 Restaurant Bubba Gump. Satu kat The Curve, Sunway Pyramid and terbaru kat Ara Damansara.
Ara Damansara menjadi lokasi pilihan sebab dekat la weyy..Kat sini nama Mall dia Citta Mall..kinda bosan..
sebab kat sini 80% jual makanan and makanan..
Let's talk about Bubba Gump.
Katanya..Restoran ini dibuka degan jumlah RM 3.5 Juta kauu..hambek tu..
Mmg interior design dlm ni mmg best la. nice and awesome. Berkisarkan kisah Forrest Gump (Perang US Vietnam)
Gambar bawah ni merupakan tarikan utama kat restoran Bubba Gump cawangan Ara Damansara. Ehhh bukan yg tengah duduk tu..tp kerusi bersama kasut tu.. korang boleh la sarung kan kasut then nmpk mcm yg tu kasut korang..real kan.. (kot)
Ini pula pintu masuk ke Bubba Gump Restaurant. Aiyoo ramai gila kot. dalam tu.. mungkin sebab baru bukak. Takpun sebab org Kat Malaysia semakin yg kaya- kaya.. (Ttettttt)
Pintu Masuk bubba Gump. Kene BERATUR kalau dah penuh sangat.
Sementara dia bagi masa, kitorang pun menjalankan aksi - aksi fotografi (Malang skali x bawak camera, hanya kamera telepon yang sangatlah berkualiti tinggi..tu pasal gmbar mcm harem..haha).
Ditepi Restoran ada jual Merchandise Original Bubba Gump. Kira ni Mcm merchandise Hard Rock Cafe ah derr..
Antara merchandise yg disediakan Keychain, Baju, Botol air kelip2 , patung udang comel lotey, fridge magnet, topi adn more.
Ini pula tmpt ala-ala bar / juice air minuman, Pelbagai skill disediakan oleh para waiter. Tengok jela. Sambil terjerit2 kehappy an dan menyanyi ..sambil tepuk- tepuk. sesekali dah macam disko pulak. ADEHH..=.=
Banyak gak tgkp gmbar tp gelap / scene blurr.. maklumlah telepon punya kamera macam harem..
Let's Check it out the Menu.
pening kepala juga nak memikir apa yang nak dimakan and apa yang nak dielakkan..haha.
Tudia...siap Mendagu...memikir makanan...And kat situ ade juga tertera ayat bermaksud ''RUN FOREST RUN' ayat yang diambil dari movie Forrest Gump. Mengisahkan sorang budak yang lari laju gila dan kakinya cacat ,nama dia forrest. So jangan pelik kalau korang tengok waiter kat sini mmg laju jalan nya . naik pening kepala tengok. berlari sana sini sambil bawak dulang. Amek kau. Untuk panggil waiter2 ni korang ke flip kan Ayat ''RUN FOREST RUN'' kepada 'STOP FORREST STOP'. So waiter akan ambil order korang. Jangan pulak korang buat malu dok teriak2 panggil waiter..haha..
BAWAH ADALAH AKSI KELUARGA SAYA SELEPAS MENGORDER MAKANAN.
BERIKUT MERUPAKAN ANTARA MENU YG DIPILIH..
I Request korang beli yang ini . ni nama dia Shrimp Heaven (Syurga Udang kauu.)
Harga RM 44.90 . Ada 4 jenis udang untuk ditelan dan disertakan 3 jenis sauce and coleslaw serta Kentang.
Gambar diatas tidak disertakan Kentang dan Coleslaw kerana sudah habis di Ngap para piranha sekitar :)
Ini pula Coconut Shrimp. Sound Great tp x berapa sedap.haha.
Dia goreng and salut the udang with kelapa. Kononya nak rasa garing tapi..hadeh..sedih.. Mahal x sedap.
Yang bawah ni pula untuk penggemar ikan..(ACTUALLY YG X SUKA UDANG)
yang atas ni kira macam burger bakar la..ade dpt kentang , onion ring and daging.
Ini pula design US Army dalam restaurant ini.
Disamping ade bnyk pasal perang / army / hiasan dlm ni.. ade juga diorang pasang MOVIE FORREST GUMP. I'm not sure about mereka.. yang pasti mereka ada kene mengena dengan mendirikan restaurant ini.
Sebab lepas dorang jadi army diorang bersara and jadi nelayan.. Katanya,..
Akhirnya.. saya bagi markah 17/ 20 untuk keseluruhan Restaurant ini.
Kekurangannya ialah , Kebisingan melampau.. ahaa., Makanan Lmabt sampai and Air yang kurang dijamin kehalalan. (Kitorg ambil air mineral ).
Lain OkAY ja.
Sampai disini Sahaja yaw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan