Jumaat, 14 September 2012

Putera William dan Kate Middleton Melawat Malaysia .* Pakai Tudung Cantik *


KUALA LUMPUR , 14 SEPTEMBER 2012 - Semua mata pasti tertumpu kepada kehadiran pasangan diraja Britain, Putera William dan pasangan Kate Middleton yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.50 (13/9/2012)

Pasangan ini dalam rangka jelajah sembilan hari ke Asia Tenggara dan Malaysia menjadi destinasi kedua selepas Singapura. Mereka berdua menjadi wakil kepada nenda William, Ratu Elizabeth yang bakal menyambut Jubli Intan pemerintahannya yang ke-60 sebagai Ratu.
Duke dan Duchess of Cambridge ini akan menghabiskan masa di bekas negara jajahan British ini selama 4 hari.Selain Kuala Lumpur, pasangan ini juga akan berlepas ke Sabah untuk melawat negeri di bawah bayu itu.

Beberapa gambar yang dapat di google :)
own by : BERNAMA

 Putera William & Puteri Kate Middleton diiringi penari-penari tradisional Melayu.

Ribuan cameraman ~

Putera William & Puteri Kate melintasi Bangunan Berkembar Petronas Tower.

Seorang Wanita menjadi penerangan mengenai tarian tradisional yang sempat disajikan khas untuk kapel ini~

 haha~ tu diaa... camera sana sini

Putera & Puteri diiringi ke masjid Assyakirin, KLCC

Macam pengantin dah...ayu bertudung

 Kate Middleton sempat menemu ramah beberapa ahli sukan terkenal dan artis terkenal antaranya Lee Chong Wei, Panalela Rinong, Siti Nurhaliza.

 Di dalam masjid Assyakirin.

 Potret Kenangan bersama dari kiri : Tan Sri Mahyuddin Yassin (Timbalan PM) , Dato Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri ) Putera William , Yand Dipertuan Agong Tuanku Abd Halim , Sultanah Hamidah Hamidun (Pemaisuri Agong) , Puteri Kate Middleton, Datin Seri Rosmah Mansor (Isteri PM)  & Puan Sri Norainee (Isteri TPM).


Sebaik tiba, kedua mereka telah dibawa untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri, di Seri Perdana untuk makan tengahari bersama. Selepas itu mereka dijadual untuk melawat hospital yang menempatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dimana Kate akan menyampaikan ucapannya.

Dilaporkan kehadiran mereka ini telah mengundang kebanjiran lebih kurang 100 wartawan luar seperti United Kingdom, America, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia yang berada di Malaysia untuk membuat liputan.







Pada sebelah malamnya mereka akan dirai dengan jamuan makan malam Diraja bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara sebelum berlepas ke Sabah untuk melihat pusat pemuliharaan hutan di Lembah Danum yang popular dengan orang utan pada keesokan harinya.


Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah penampilan Kate dalam lawatan mesra itu seperti mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu 20 tahun yang lalu.

Kate tampil memakai gaun berwarna kelabu cair dengan memakai selendang sewaktu masuk ke dalam masjid di bandaraya Kuala Lumpur itu.
Penampilan Kate itu ternyata sama dengan penampilan mendiang Puteri Diana sewaktu ibu mertuanya itu mengadakan lawatan ke sebuah Masjid di Egypt pada tahun 1992.

Mereka dijadualkan akan berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad untuk meneruskan siri jelajah mereka.



-Source : Murai.com / Dailymail.co.uk / nst.com.my
-Disunting oleh : Hareez Haiqal Elefunz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan