Hari Malaysia ! Apa itu hari Malaysia? Ramai orang tahu pasal Hari Malaysia.
Apa yang mereka tahu? Tentunya Cuti Umum, Hari untuk Balik Kampung, Hari untuk Shopping, Hari untuk berehat dan macam-macam lagi andaian ..
Tahu tak korang sejarah Hari Malaysia ni? Hari Malaysia sama sekali tak sama dengan Hari Kemerdekaan 31 Ogos yang selalu kita sambut.
Jom kita dapatkan sedikit sebanyak info tentang Hari Malaysia ni..
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963 . Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk sebuah negara tercinta yang kini dikenali sebagai Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia & Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah)dan Sarawak.
PENUBUHAN MALAYSIA
27 MEI 1961 - Cadangan -
* Tuanku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan 5 buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu , Singapura, Sabah , Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara BAHARU.
19 FEBRUARI 1962 - Suruhanjaya Cobbold -
* Rombongan Kajian untuk menyiasat pandangan dan tindak balas penduduk Sabah & Sarawak.
21 JUN 1962 - Laporan Suruhanjaya -
* 4000 rakyat dikumpul termasuk pelbagai memorandum. 80% bersetuju dengan idea itu dan laporan dihantar kepada kerajaan British.
9 JULAI 1963 - Perjanjian Ditandatangani -
* Wakil - wakil kerajaan Biritsh, Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak, Singapura menandatangani perjanjian.
16 SEPTEMBER 1963 - Penubuhan Negara Malaysia Yang Berdaulat -
* Lahir Sebuah Negara Malaysia yang berdaulat . Pengisytiharan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur serentak di Kuching & Kota Kinabalu.
ANTARA INFO & NILAI YANG DAPAT DIAMBIL & DIJADIKAN IKHTIBAR SERTA MENYELAMI SEMANGAT BERSAMA.
1. PENYATUAN
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.
2. SEMANGAT JUANG & PERPADUAN.
Bersama menghadapi segala perit getir bersama walaupun ditentang oleh Filipina atas alasan Sabah adalah dibawah keSultanan Sulu, Pembatalan keanggotaan Brunei dan berdepan dengan pemberontakan oleh Azhari , Serta ketidak senangan Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai kuasa imprealis British yang baharu.
3. PENGHAYATAN
Menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum menunjukkan Hari Malaysia sebagai sebuah Hari yang penting dan harus dihayati bersama untuk melambangkan kesedaran atas diri masing masing.
Akhir kata keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus di kecapi oleh generasi akan datang.
Jangan biarkan generasi muda terus dilupakan tentang sejarah Malaysia yang dipenuhi dengan warna-warni perjuangan generasi terdahulu. Penghargaan yang setimpal harus diraikan untuk peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang membentuk Malaysia seperti yang kita lihat hari ini. Melalui kesedaran sejarah, maka generasi muda akan mampu menghayati nilai sebenar Malaysia.
.SELAMAT HARI MALAYSIA 2012.