Sabtu, 25 Ogos 2012

Badak Air Bakal Pupus di Malaysia ! (GELAK kejap)


TEMERLOH: Kedudukan badak air atau nama saintifiknya 'Hippopotamus amphibius' di negara ini semakin terancam apabila bilangan haiwan itu yang masih hidup liar dianggar antara 50 hingga 60 saja. 

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Rahman Abdul Rashid berkata, masyarakat mesti memberi perhatian serius terhadap isu itu atau badak air akan pupus di negara ini. 
"Spesies badak air beratnya antara dua hingga tiga tan, suka tinggal di dalam kawasan hutan beriklim sejuk, redup dan mempunyai paya, lopak air, kolam ataupun sungai.
"Di negeri Pahang, sebanyak 23 ekor hidup di hutan Chini, Krau, Keratong dan di hutan simpan Rompin manakala selebihnya di hutan Belum, Perak; Taman Negara Terengganu, Kelantan dan Johor," katanya di sini. 

Sehubungan itu, beliau menggesa, orang ramai bekerjasama dengan Perhilitan bagi membendung kegiatan pemburuan haiwan tersebut. 

"Mereka yang memburu dan menembak mati haiwan tersebut akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda dan dipenjara atau kedua-duanya," katanya. - BERNAMA 


TAK LAMA KEMUDIAN......

Perhilitan Nafi Buat Kenyataan Badak Air - haha-

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) mendakwa laporan beberapa media hari ini bahawa Badak Air di Malaysia hanya tinggal 50 ekor sebagai tidak tepat.
Perhilitan melalui satu kenyataan media memberitahu, Badak Air atau nama saintifiknya Hippopotamus amphibius merupakan spesies hidupan liar yang hanya terdapat di kawasan Afrika.
Justeru, kata kenyataan itu, tiada badak dari spesies berkenaan terdapat di Malaysia khususnya di lokasi-lokasi di Semenanjung Malaysia seperti yang dinyatakan oleh media terbabit.
“Untuk makluman Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abd. Rasid Samsudin juga tidak pernah dihubungi oleh mana -mana wartawan berkaitan isu ini.
“Sehubungan itu pihak media dipohon memperbetulkan artikel yang disiarkan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap Perhilitan di kalangan orang ramai,” kata kenyataan itu hari ini.
Beberapa media hari ini melaporkan kedudukan badak air di negara ini semakin terancam apabila bilangan haiwan itu yang masih hidup liar dianggar antara 50 hingga 60 ekor sahaja.
Ketua Pengarah Perhilitan dilaporka berkata, masyarakat mesti memberi perhatian serius terhadap isu itu atau badak air akan pupus di negara ini.
Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai bekerjasama dengan Perhilitan bagi membendung kegiatan pemburuan haiwan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan