Khamis, 30 Ogos 2012

55 Tahun Malaysia Merdeka.

Gunung sama didaki, Lurah sama dituruni,
Seiring jalan sama kita berbakti,

Pertama sekali ingin saya mengucapkan '' Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 55''
Saya menyeru agar semua marilah kita hayati akan makna sebuah kemerdekaan ini. Sesungguhnya bukan senang untuk kita mencapai hingga ketahap ini ; kita dapat hidup aman sentosa dan damai. Bebas melakukan apa sahaja. Jadi saya menyeru agar bersamalah kita menjunjung tinggi martabat bangsa dan bersendikan rukun negara.

Marilah kita menyemai Semangat perpaduan diantara kita dengan lebih erat dan menjalin ikatan dalam setiap waktu mahupun ada kegawatan. Kita juga haruslah taat setia kepada negara agar kita dapat membina hidup harmoni sehati dan sejiwa.

Kita ini satu Malaysia . Dimana kita berganding bahu sentiasa dalam tak kira apa jua yang melanda diri serta sikap saling menghormati budaya berbilang bangsa. Bersama lah kita mencpai cita membina mercu tanda dan mencapai kearah Malaysia berjaya

Bersama kita tempuhi walau ranjau penuh duri.
Bersama kita menyahut segala cabaran demi negara,
Bersama kita jayakan wawasan dan laksana impian dan menjadikan Satu malaysia benteng negara dan Malaysia teguh di persada dunia.

Satu malaysia berjaya!

Samsung Bayar Apple Guna 5 Sen!



CALIFORNIA – Semua sudah tahu yang Samsung kalah di dalam kes saman Apple baru-baru ini.
Syarikat berkenaan diarahkan membayar USD1 Billion kepada pihak Apple.
Namun, Apple tidak menetapkan cara dan gaya kaedah bayaran tersebut.
Perkara itu telah menyebabkan Samsung menggunakan taktik kotor tetapi genius dengan menghantar lebih 30 trak lori berisi syiling 5 sen kepada Apple!
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
“Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang,” katanya.
Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut.

ORANGUTAN Terbakar ! (Kesian)


Orang utan termasuk ke dalam taman larangan dan terbakar!.



Pada 28 Ogos, 2012, Indonesia Borneo, orang utan (spesies haiwan dilindungi ) tersesat untuk ke dalam hutan lalu termasuk kedalam kawasan penempatan penduduk di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Penduduk tempatan yang dilanda panik bimbang tentang orangutan tersebut dan tanaman mereka rosak lalu mereka membakar pokok dan cuba untuk menakutkan. Tetapi malang sekali , orang utan itu ketakutan dan melecur dengan serius akibat terkena api.

Terlalu kejam! Haiwan yang langsung tidak mempunyai senjata mahupun serangan tetapi manusia tidak berhati perut. Bagaimana INI BOLEH TERJADI SEDANGKAN kita mempunyai hati dan perasaan.

Haiwan adalah kawan manusia, marilah menghargai kehidupan, haiwan dan HENTIKAN pembunuhan.

Sabtu, 25 Ogos 2012

Badak Air Bakal Pupus di Malaysia ! (GELAK kejap)


TEMERLOH: Kedudukan badak air atau nama saintifiknya 'Hippopotamus amphibius' di negara ini semakin terancam apabila bilangan haiwan itu yang masih hidup liar dianggar antara 50 hingga 60 saja. 

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Rahman Abdul Rashid berkata, masyarakat mesti memberi perhatian serius terhadap isu itu atau badak air akan pupus di negara ini. 
"Spesies badak air beratnya antara dua hingga tiga tan, suka tinggal di dalam kawasan hutan beriklim sejuk, redup dan mempunyai paya, lopak air, kolam ataupun sungai.
"Di negeri Pahang, sebanyak 23 ekor hidup di hutan Chini, Krau, Keratong dan di hutan simpan Rompin manakala selebihnya di hutan Belum, Perak; Taman Negara Terengganu, Kelantan dan Johor," katanya di sini. 

Sehubungan itu, beliau menggesa, orang ramai bekerjasama dengan Perhilitan bagi membendung kegiatan pemburuan haiwan tersebut. 

"Mereka yang memburu dan menembak mati haiwan tersebut akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda dan dipenjara atau kedua-duanya," katanya. - BERNAMA 


TAK LAMA KEMUDIAN......

Perhilitan Nafi Buat Kenyataan Badak Air - haha-

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) mendakwa laporan beberapa media hari ini bahawa Badak Air di Malaysia hanya tinggal 50 ekor sebagai tidak tepat.
Perhilitan melalui satu kenyataan media memberitahu, Badak Air atau nama saintifiknya Hippopotamus amphibius merupakan spesies hidupan liar yang hanya terdapat di kawasan Afrika.
Justeru, kata kenyataan itu, tiada badak dari spesies berkenaan terdapat di Malaysia khususnya di lokasi-lokasi di Semenanjung Malaysia seperti yang dinyatakan oleh media terbabit.
“Untuk makluman Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abd. Rasid Samsudin juga tidak pernah dihubungi oleh mana -mana wartawan berkaitan isu ini.
“Sehubungan itu pihak media dipohon memperbetulkan artikel yang disiarkan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap Perhilitan di kalangan orang ramai,” kata kenyataan itu hari ini.
Beberapa media hari ini melaporkan kedudukan badak air di negara ini semakin terancam apabila bilangan haiwan itu yang masih hidup liar dianggar antara 50 hingga 60 ekor sahaja.
Ketua Pengarah Perhilitan dilaporka berkata, masyarakat mesti memberi perhatian serius terhadap isu itu atau badak air akan pupus di negara ini.
Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai bekerjasama dengan Perhilitan bagi membendung kegiatan pemburuan haiwan berkenaan.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Rumah Gajah Pencen!

Kem Green Hill Valley di Kota Kalaw di Burma, telah menjadi rumah bagi lima gajah tua, menjadikan tempat ini seperti di habitat asli yang aman.
 
Tin Maw dan suaminya membuka kamp ini pada bulan Oktober 2011, untuk gajah tua dan sakit.
 
[Tin Maw, Managing Director, Green Hill Valley]:
“Antara sebab mereka diletakkan disini kerana antara satunya bermasalah di mata, gajah lain juga bermasalah di mata. Yang lainnya bermasalah di hati.  Ada juga Beberapa gajah yang diserang oleh gajah liar di hutan, jadi mereka terinfeksi.”
 
Pasangan ini berharap dapat membangun pelancongan bersama dengan gajah di habitat aslinya.
 
Mereka juga memperoleh penyewaan sembilan pengrndali (mahout) gajah. Pelatih-pelatih ini sangat memahami keadaan dengan gajah, mereka juga tidur di hutan terdekat.
 
[U Phoe, Pengendali Gajah]:
“Merawat gajah adalah sama dengan merawat anak saya sendiri. Saya khuatir jika mereka tidak sihat, sama seperti anak-anak saya.”
 
Kem itu juga memiliki dua gajah sihat untuk menarik pelancong.
 
Dijumlahkan, pembiayaan pemeliharaan gajah setiap tahunnya mencapai 30 hingga 50 ribu dolar AS.
 
Pelancong dapat mendaki gunung dan menginap disitu. Menurut suami Maw, ini adalah salah satu cara untuk menjadi dekat dengan alam dan berinteraksi dengan gajah.
 
[Htun Htun Wynn, Co-Managing Director, Kamp Green Hills]:
“Gajah-gajah adalah liar, mereka adalah haiwan. Mereka bukan seperti pelukis untuk dilukis, bukan pemain bola, jadi kita akan memperlakukan gajah ini sebagai gajah.”
 
Pelancong juga dapat menaiki gajah untuk melihat-lihat di keadaan sekeliling.
 
Maw dan Wynn berkata Green Hill Valley bisa menampung sepuluh gajah.
 

Rabu, 15 Ogos 2012

Raya is Around the corner~

Heyy wazzup~ raya dah nak dekat! omg omg excited. haha jop tgk decoration raya kat some shopping mall area klang valley ni..jop jop

me with pair of camels at the entrance of Empire shopping gallery

sticky!! gula gula sedap!! they celebrate raya too!

songket samping etc.

ribu2 punya harga.. wa tarak mampu ooo

SUBANG PARADE



SUNWAY PYRAMID


Jumaat, 10 Ogos 2012

Heroin Of Malaysia

Tahniah Pandalela!
 Tahniah & Congratulation !




Isnin, 6 Ogos 2012

Tahniah D.Lee Chong Wei~

 Tahniah & Congratulation !