Ahad, 16 Oktober 2011

Tenang Minda D' zoo negara

assalamualaikum.salam satu malaysia~
yawww..

korang sehat?
da makan?
da ehem2?
haha~ 
okk good now bace my post..

10.30 a.m ♦15-10-2011 ♦ rumah.
setelah lengkap segala persiapan , dan segala barang telah dibawa, kemudian ibunda tercinta membawa ke tempat yang ingin ditujui.. syukur pada masa itu, jalan tidak terlalu sesak, makan perjalanan yang dilalui sangat lancar, seolah-olah mengalu-alukan kedatangan ke destinasi tersebut

10.45 a.m ♦ Ulu Klang Highway


pernampakan tiang besar bercabang-cabang seperti lipan yang besar di sepanjang Lebuh raya tersebut. minda berfikir. apakah tiang itu sebenarnya? kereta kabel kah? tiang elektrik moden kah? haishh...tersimpan kekar di dalam benak fikiran ku seketika...

10.50 a.m ♦ Jalan Zoo



tiba dipintu pagar destinasi. Ternampak papan tanda ''ZOO NEGARA'' serta patung gajah bersama anaknya serta beberapa haiwan lain.. syukur..selamat tiba di zoo negara untuk mencari kedamaian serta melihat kekasih yang sekian lama ditinggalkan. Sebaik kaki melangkah keluar dari kereta, seakan-akan kaki ini bagai di'isi minyak kuda. tanpa menoleh kiri dan kanan dan tidak disedari, kini berdiri megah dihadapan pintu masuk Zoo. Terus menerus membeli tiket masuk yang kini berharga RM20  bagi seorang dewasa tanpa pakej zoo serangga.

11.00 a.m ♦ Zoo Negara 



tepat jam 11.00, mata melilau mencari kedai cenderahati untuk mencari barangan gajah. malangnya banyak barang gajah sudah terjual dan menambah keperitan di dalam hati. kemudian kaki terus berjalan melihat binatang-binatang. Tiba di gerbang zoo, sekawan zirafah berdiri tinggi bagai mencecah awan menyambut kedatangan para pengunjung diselangi dengan para pekerja yang sedang memberi makan.


Hati serta jiwa bagaikan bergegar, tatkala berjumpa dengan Siti,Sibol serta Triang. Tiga ekor gajah yang selama ini menjadi tarikan dan penyeri di zoo tersebut. Kini usia mereka telah melangkau ke 20-an dan 30-an
dan telah diberhentikan dari segala pertunjukan. Triang gajah jantan yang mempunyai gading yang panjang memukau seluruh pengunjung zoo. Mereka didatangkan dari Hutan di Pahang yang dari kecil lagi telah dibawa kedalam zoo ini. Teringat zaman dahulu apabila mengunjungi zoo. Dahulunya terdapat lebih dari 3 ekor gajah. Tetapi setelah mencari kajian.. rupanya.. selebihnya telah dihantar ke zoo Melboune di Australia bagi tujuan pembiakan. Gajah yang dihatanr tersebut bernama Bong su (J) dan Mek Kepah(B).


1.00 p.m ♦ Zoo Negara


Setelah beberapa jam merenung Gajah-gajah tersebut. tiba-tiba kedengaran azan di masjid berdekatan.
kaki melangkah masuk kedalam surau terapung di dalam zoo tersebut.
....
....
....

setelah selesai, kemudian terasa penat kaki untuk melawati setiap penjuru zoo.
terdpat jenis burung botak yang beterbangan di sekitar zoo.
Mata tetumpu pada Tram yang dinaiki oleh pengunjung-pengujung zoo.
kemudian terus mendapatkan Tram tersebut dengan bayaran RM3.
Tram tersebut membawa pengujung ke seluruh zoo.
Walaubagaimanapun, Tram itu terlalu laju, rasanya kurang puas untuk mata melawati setiap kandang di zoo.
kemudian Tram berhenti di stesen dimana terdapatnya Singa, Harimau , Puma dan segala jenis kucing hutan.




mata kemudian terarah kepada keagungan sang singa yang asyik tidur. mengikut kajian singa tidur selama 20 jam sehari. makanya 4 jam adalah waktu makan dan memburu, keceriaan 2 ekor anak harimau yang sedang bermain air, dengusan sang harimau bintang, serta dengkuran si Puma.

tekak dahagakan air. singgah di kedai berdekatan untuk memesan air strawberry.
terkejut harganya kerana berharga RM8.00..
rupanya bila sampai di meja makan, besar dan amat mengenyangkan.



kemudian pergi melawat ke rumah reptilia yang menempatkan pelbagai jenis reptilia dari yang sekecil tapak tangan sehinggalah sebesar kereta kancil. disini terdapat pelbagai reptilia contohnya, buaya,kura-kura gergasi,kura-kura asia, dan pelbagai jenis ular.
kemudian Tram membawa pengunjung ke laluan Savana dimana terdapatnya pelbagai haiwan khas dari afrika.

video Zoo Negara . Not Mine.

mata kemudiannya terpaku pleh kerana ternampak sebuah lagi kedai cenderahati yang agak besar.
terdapat beberapa baju gajah yang dibeli.
pejam celik, pejam celik melihat kebesaran Tuhan, kini sudah sampai ke destinasi permulaan.

3.00 p.m ♦Zoo Negara

tiba-tiba guruh berbunyi.
diselangi dengan hujan rahmat yang membasahi Zoo.
singgah sebentar di kedai makan berdekatan.

-diluar pintu pagar Zoo-

lalu memesan nasi goreng thailand. nampak iklan nya seperti menggiurkan,,,
Hujan terus menerus turun dengan lebatnya tanpa henti,..
makanan yang dipesan sudah sampai.
nasi goreng yang dipesan boleh tahan rasanya..tetapi jenis yang dipanaskan melalui ketuhar sahaja..
terasa agak pedas. lidah seolah-olah terbakar.
dikeluarkan air ribena yang dibeli..habis dengan beberapa sedutan sahaja.
kemudian memesan lagi air oren yang berharga RM3.

4.00 p.m ♦ Zoo Negara 

sebaik sahaja hujan renyai ,
lalu terus ke kedai cenderahati di sebelah, untuk mencari gajah.
seperti biasa, terdapat hanya berberapa barangan gajah yang dibeli . agak mahal..





hari semakin petang. menunggu kakak yang secara kebetulan menjadi sukarelawan di zoo negara dibawah penyeliaan pihak universitinya.


4.30p.m ♦ Zoo Negara

setelah puas melawat zoo negara serta dapat mencapai ketenagan diri,
kini tiba untuk meninggalkan Zoo tersebut..
ibunda tercinta telah menunggu di luar Pagar Zoo.
dan didapati... Pagar zoo telah ditutup rapi.
sementara menunggu kakak untuk pulang,
dapat disaksikan ramai pengunjung yang telah meninggalkan Zoo tersebut.

kemudian menangkap gamba bersama patung-patung disekitar luar Zoo untuk membuang masa.









5.03 p.m ♦ Meninggalkan Zoo Negara 








2 ulasan:

  1. makin menarik & canggih zoo negara. ayie dah lama tak ke sana...ermm

    BalasPadam
  2. wahhh jeles dgn collection gajah dia..nak satu boleh..HAHA

    BalasPadam