Selasa, 30 November 2010

INTRODUCE : tepok amai-amai the gang! Official 1 Malaysia gang @ elefunz~

Tepok amai-amai the gang Official Logo!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!
yeah!
Akhirnya dpat juga sy melancarkan geng tepok amai-amai ni dlm blog sy!
Ikhlas dari dalam sudut hati untuk merapatkan perpaduan diantara seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa dan hidup didalam keadaan yang aman dan damai!

PERTAMA, Mari saya kenalkan Siti!
Nama : Siti
Gelaran: Cempaka
Makanan Kegemaran: Nasi Lemak
Pakaian Tradisi : Baju kurung songket.
Kaum : Melayu.
Siti merupakan perempuan melayu yg boleh dikaegorikan agak pemalu,
sentiasa bangga menjadi bangsa melayu dan bijak. 


Nama: Soo
Gelaran: Kemboja
Makanan Kegemaran: Sup 
Pakaian Tradisi: Cheongsam Summer.
Kaum : Cina
Soo merupakan perempuan cina yang berani menempuhi pelbagai dugaan serta cabaran.


Nama: Sridewi
Gelaran: Kenanga
Makanan Kegemaran: Kari
Pakaian Tradisi: Saree.
Kaum: India
Srinda merupakan perempuan india yang lincah dan suka menari. Sridewi juga merupakan perempuan yang aktif.


Nama: Senandung
Gelaran: Kekwa
Asal: Sarawak
Makanan Kegemaran: ikan Terubuk
Pakaian Tradisi : Tango , Rawai , Selampai ,Sementing Buchai.
Kaum : Iban
Senandung merupakan perempuan Berbangsa Iban yang asalnya dari Sarawak,Pulau Borneo
Senandung merupakan rakan yang setia dan jujur.


Nama: Santubong
Gelaran: Orkid
Makanan Kegemaran: Ulam-ulaman
Asal: Sarawak
Kaum : Kadazan Murut
Pakaian Tradisi : Sinuangga

INFO:

Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah.



Nama: Saribas
Gelaran: Pakma / Rafflesia
Makanan Kegemaran: Ulam-ulaman
Asal: Sabah
Kaum : Kadazan Dusun
Pakaian Tradisi : Sinipak
INFO:

 Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

   Nama: Sumandak
Gelaran: Pandan
Makanan Kegemaran: Ayam Kampung Goreng
Kaum : Orang Asli
Pakaian Tradisi : Anyaman & Tumbuhan asli
Asal: Semenanjung

INFO :

Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama; iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu.

Nama: Swatcana
Gelaran: Teratai
Makanan Kegemaran: Budu
Kaum: Siam
Pakaian Tradisi : Thai Chakri
Asal: Semenanjung (Kelantan)

INFO:
Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan. Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan yang fasih.Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-kerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Sering, kuil-kuil diberikan dana murah hati dari kerajaan negeri.

Nama: Siew Yang
Gelaran: Setanggi
Makanan Kegemaran: Ang Koo Kue
Kaum : Baba Nyonya
Pakaian Tradisi : Kebaya Nyonya
Asal: Semenanjung (Melaka)

INFO:
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,  dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha.



Nama: Sussan
Gelaran: Mawar
Makanan Kegemaran: ikan bakar portugis
Kaum : Portugis / Serani
Pakaian Tradisi : Portugis Dress
Asal: Semenanjung (Melaka)


INFO:
Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang berasal dari Portugis dan menganut agama Roman Katolik.Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani yang terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan AirAsia. Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah.Masyarakat Serani mempunyai kebudayaan dan asal usul yang unik serta menarik.




Itulah antara kawan-kawan tepok amai-amai@ elefunz.
dengan pengabungan seperti ini kita dpt melihat betapa kaya nya negara kita yang mempunyai kepelbagaian adat,agama,dan bangsa. dan kita dpt hidup didlm negara yg aman serta sentosa!
ini kerana setiap perpaduan yang terjalin pasti akan membangkitkan rasa semangat kerjasama yang erat serta dpt memajukan diri seta negara.
Satu Malaysia!

10 ulasan:

  1. cool beb entry ni!!! ske sgt.. nice...

    BalasPadam
  2. comel la. Mntk izin copy gambar utuk belajar knk2 tadika ye.

    BalasPadam
  3. CUTE NYER.......NICE!!!! TERBAIK....:)

    BalasPadam
  4. sy minta izin amik ye... boleh tak buat satu lg..untuk msykt sikh plak hehe :)

    frenchfriesmad@yahoo.com

    BalasPadam
  5. SY NAK MINTA IZIN GUNA GMBAR UTK KERTAS KERJA YE! TRIMA KASIH!

    BalasPadam
  6. Salam..saya amik gambar ye..tq

    BalasPadam
  7. assalam, minta izin ambil gambar yee

    BalasPadam
  8. saya mintak izin amik gambar ya..tq

    BalasPadam