Selasa, 30 November 2010

INTRODUCE : tepok amai-amai the gang! Official 1 Malaysia gang @ elefunz~

Tepok amai-amai the gang Official Logo!

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia!
yeah!
Akhirnya dpat juga sy melancarkan geng tepok amai-amai ni dlm blog sy!
Ikhlas dari dalam sudut hati untuk merapatkan perpaduan diantara seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa dan hidup didalam keadaan yang aman dan damai!

PERTAMA, Mari saya kenalkan Siti!
Nama : Siti
Gelaran: Cempaka
Makanan Kegemaran: Nasi Lemak
Pakaian Tradisi : Baju kurung songket.
Kaum : Melayu.
Siti merupakan perempuan melayu yg boleh dikaegorikan agak pemalu,
sentiasa bangga menjadi bangsa melayu dan bijak. 


Nama: Soo
Gelaran: Kemboja
Makanan Kegemaran: Sup 
Pakaian Tradisi: Cheongsam Summer.
Kaum : Cina
Soo merupakan perempuan cina yang berani menempuhi pelbagai dugaan serta cabaran.


Nama: Sridewi
Gelaran: Kenanga
Makanan Kegemaran: Kari
Pakaian Tradisi: Saree.
Kaum: India
Srinda merupakan perempuan india yang lincah dan suka menari. Sridewi juga merupakan perempuan yang aktif.


Nama: Senandung
Gelaran: Kekwa
Asal: Sarawak
Makanan Kegemaran: ikan Terubuk
Pakaian Tradisi : Tango , Rawai , Selampai ,Sementing Buchai.
Kaum : Iban
Senandung merupakan perempuan Berbangsa Iban yang asalnya dari Sarawak,Pulau Borneo
Senandung merupakan rakan yang setia dan jujur.


Nama: Santubong
Gelaran: Orkid
Makanan Kegemaran: Ulam-ulaman
Asal: Sarawak
Kaum : Kadazan Murut
Pakaian Tradisi : Sinuangga

INFO:

Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah.



Nama: Saribas
Gelaran: Pakma / Rafflesia
Makanan Kegemaran: Ulam-ulaman
Asal: Sabah
Kaum : Kadazan Dusun
Pakaian Tradisi : Sinipak
INFO:

 Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

   Nama: Sumandak
Gelaran: Pandan
Makanan Kegemaran: Ayam Kampung Goreng
Kaum : Orang Asli
Pakaian Tradisi : Anyaman & Tumbuhan asli
Asal: Semenanjung

INFO :

Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama; iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu.

Nama: Swatcana
Gelaran: Teratai
Makanan Kegemaran: Budu
Kaum: Siam
Pakaian Tradisi : Thai Chakri
Asal: Semenanjung (Kelantan)

INFO:
Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan. Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan yang fasih.Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-kerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Sering, kuil-kuil diberikan dana murah hati dari kerajaan negeri.

Nama: Siew Yang
Gelaran: Setanggi
Makanan Kegemaran: Ang Koo Kue
Kaum : Baba Nyonya
Pakaian Tradisi : Kebaya Nyonya
Asal: Semenanjung (Melaka)

INFO:
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru,  dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha.



Nama: Sussan
Gelaran: Mawar
Makanan Kegemaran: ikan bakar portugis
Kaum : Portugis / Serani
Pakaian Tradisi : Portugis Dress
Asal: Semenanjung (Melaka)


INFO:
Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang berasal dari Portugis dan menganut agama Roman Katolik.Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani yang terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan AirAsia. Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah.Masyarakat Serani mempunyai kebudayaan dan asal usul yang unik serta menarik.




Itulah antara kawan-kawan tepok amai-amai@ elefunz.
dengan pengabungan seperti ini kita dpt melihat betapa kaya nya negara kita yang mempunyai kepelbagaian adat,agama,dan bangsa. dan kita dpt hidup didlm negara yg aman serta sentosa!
ini kerana setiap perpaduan yang terjalin pasti akan membangkitkan rasa semangat kerjasama yang erat serta dpt memajukan diri seta negara.
Satu Malaysia!

Rabu, 24 November 2010


CONTEST WEYH!

Assalamualaikum ..ni nk masok peraduan ni..gilak ah..weehuu~
thank you  shida sebab tag kan sayer.. trima kasih bebnyk yerk! jasamu akn ku kenang~



syarat -syarat penyertaan.


1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya.http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.
4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.



tarikh tutup sehingga 30 november 2010 .tetapi terpulang pada saya jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah

earring dari lazo diamond jewellery.white gold.



eariing?? leyh kasi kakak~
arini birthday dier~
kids photo contest yang dipilih :-

amacam comel x tayerr...huhu~
blkng uh kakak saya..
blakang kakak sayer uh maskot sukan komanwel 1998 KL.
HUHU~
cumel ?
eh jgn la puji-puji..
hukhuk~


oleh kerana syarat-syaratnya kena tag 8 ORG..
SO INI LAH ANTARA YANG  TERPILIH :



GUD LUCK!

Isnin, 22 November 2010

Memories In Pantai Barat..

السلام عليکم
Salam Satu Malaysia!

Memories in Pantai Barat..wow!
intresting huh?
oh yeah..of coz la..
my mom bawa my family and I pg Port Dickson.
siap berkelah lagik~jgn men²

our route/en route on the west coast of the penisula.
Subang--KLIA plus--N.9--Port Dickson--Bagan Lalang--Morib--Banting--KLIA plus-Subang
best~
siap mkn nasik lomak lagi kat topi laot.
bagaikan melukut di tepi gantang..
fy² my sistah~
bercanda di pasiran pantai,
bersama bermadu asmahaaaa..chuum!
bersih lakss*
my family`picnic de Port Dickson
salam sayang dari hareez haiqal~

tu jela kot~
:)

Jumaat, 19 November 2010

KFC & PIZZA hUT di Subang! OH YEAHH!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
KFC SUBANG,Shah Alam,Selangor
screenshot gamba kfc(semata-mata nk ambek gmbo)haha~

Yeyy! penantian ku yg agak SEKSA bertahun tahun aku menuggu agar KFC & Pizza Hut dibuka kini sudah berakhir!
Dengan adanya KFC kini my family and i xyah la nak pergi subang jaya la,shah alam la dll tempat..untuk gi mkn mender yg agak mnggemokkn ini..(tapi aper aku kesahh kann)..
haha~
mmg gegiler x sabar! bila lah nak bukak KFC ni kan..
uwaaa!
tapi korg taw x..siap ada pizza hut lagi..kpd korg2 yg berada diluar kwsn subang..tmpt korg hader x mcm ni?haha~xder kann...
wah..bangga pulak!!
wah..
bleyh la kali ni nak wat jamuan ngan kengkwn..
pergi jer kat kfc/pizza hut..yeah! beybeh~
dolu-dolu nak nelpon pizzahut(delivery) agak tidak kesampain(soddih) sbb berada diluar kawasan..
but kali ni korg jgn men-men..
ahah~
aper lagi menelepon je la koje ku..
korg hingt x no. dier.,.nah~
~1300 88 2525~
huk-huk~
tgk! hujan2 pon i sggup redahi utnuk tatapan korg sumer! ahakss~
walauponn...
ini adalah gmba pertama KFC SUBANG pertama di dunia!
yeah aq berjaya!
Kasi zoom sket adik maniss....
yeah itu dia~

look at that!
24 hours!
wow!
ader pandu lalu/drive thru lagik!
cayalah! Go KFC Subang sbb dpt meralisasikn impian ku yg ingin ku kecapi..haha

JAMUAN KELAB BAHASA INGGERIS (English Language Society)

upsss rapatnyer..haha~tteett~

tempat: KFC Kota Damansara
tarikh:16/11/2010
guru pengiring: Pn. Susila Mary 

wOah!..teacher said this was the first time 'jamuan' ELS sepanjang 7 tahun dia mnjadi guru dlm kelab tuh!
wow!kami sungguh berbangga diats pengerusi/president ELS kami iaitu Kak Raja Nur fatihah Bt Raja Ibrahim.
U are da best la kak!


best gi jamuan niyh..
bnyk gler hadiah dpt..paling best tukar² hadiah wow!
haha~
tapi ELS pnya cara manyak laen ma..so unique~
x sma ngan jamuan cokia² kat luar uh..haha~
walopun ramai x dtg..ia kadg2 membantu jugak proses jamuan niyh..berjalan ngan lancar sekali!
weehuuu

p/s: kak raja= gud luck spm ngan kakak lagi satu tuh..
;)



Rabu, 17 November 2010

NOVEMBER BUDDIES~eps.2 & Selamat Hari Raya Aidiladha~

Assalamualikum~
hari ini, saya nak buat post menggunakan jawi..yahoo!




سلامت هاري جادي ﴿16/11/1949-3/3/2010﴾ قڤد الله يرحمه رحمة بت ابو بکر..نينيق کو~اينتن ڤايوڠ کو!
السلام عليکم نينيق!
ماري سام-سام کيت دعاکن کڤد بلياو سوڤاي دتمڤتکن دانتارا اورڠ-اورڠ يڠ برايمان سرتا صالحه. أمينن..

اديق ريندو نينيق!
سايڠ نينيق!
والاوباݢايماناڤون توهن لبيه سايڠکن نينيق!
اڤ بوليه بوات~
اديق صبر سحاج~

اديق دعاکن نينيق سنتياس دلم کادأن يڠ دتمڤتقن دکالڠن اورݢ يڠ برايمان.
اديق ريندو نينيق!
سلامت هاري جادي نينيق!
سلامت تيڠݢل


~SelaMAt hAri Raya AIDILADHA/QURBAN/HAJI~
سلامت هاري راي عيدالاضحى

موݢ کامو سموا دلوار سان داڤت براي دڠن ݢمبيرا دسمڤيڠ کلوارݢ ترچينتا!
سمڤنا هاري راي کالي اين..سموݢ کيت دڤت منيڠکتکن ڤڠوربانن کيت دلم کهيدوڤن !

سلامت هاري راي سکالي لاݢي ساي اوچڤکن!

يڠ بنر: هريز هيقال ب.شعري

Sabtu, 13 November 2010

Menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai pelajar Ting.4

Assalamualaikum~pembuka bicara~post kali ini~
Piuhh~x sgke cpt betul masa berlalu kan.kan~
Kehidupan sebagai pelajar ting.4 sudah berlalu..
kini daku sedang menanti akan perjalanan hidup meniti ting,5
WHAATT??
TINGKATAN LIMA?
ugghh~
perkara-perkara yg terlintas bila sebut ting.5 ialah~

TUA~
X MUDA~

No PLAY-PLAY~

STUDY GILER²
yang paling penting sekali ialah...

SPM~
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA~

DImanakah haluan ku~
oww emm gee~
seram-menakotkan-wow-uwaaaa~
btw...semoga korg2 diluar sana tuh bersedia lah menghadapi tahun depan yerp~
saya tinggalkan kesah ini..
dan terus ke kesah selanjutnya iaitu...
JAMUAN AKHIR TAHUN 4 ICT kebabomm!!
jamuan kali ni meriah kott~
huhu~
walaupon ...haha
menu special :
1.Spagethi
2.Waffle( boleh pilih sapuan)
3.Kue teaw
4.Meehun/bihun/mee nipis
5.Kek
6.DAN LAIN-LAIN













INTRODUCE DA'SECOND!!

nanti la yer..sat gi gua updated~