Gunung sama didaki, Lurah sama dituruni,
Seiring jalan sama kita berbakti,
Pertama sekali ingin saya mengucapkan '' Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 55''
Saya menyeru agar semua marilah kita hayati akan makna sebuah kemerdekaan ini. Sesungguhnya bukan senang untuk kita mencapai hingga ketahap ini ; kita dapat hidup aman sentosa dan damai. Bebas melakukan apa sahaja. Jadi saya menyeru agar bersamalah kita menjunjung tinggi martabat bangsa dan bersendikan rukun negara.
Marilah kita menyemai Semangat perpaduan diantara kita dengan lebih erat dan menjalin ikatan dalam setiap waktu mahupun ada kegawatan. Kita juga haruslah taat setia kepada negara agar kita dapat membina hidup harmoni sehati dan sejiwa.
Kita ini satu Malaysia . Dimana kita berganding bahu sentiasa dalam tak kira apa jua yang melanda diri serta sikap saling menghormati budaya berbilang bangsa. Bersama lah kita mencpai cita membina mercu tanda dan mencapai kearah Malaysia berjaya
Bersama kita tempuhi walau ranjau penuh duri.
Bersama kita menyahut segala cabaran demi negara,
Bersama kita jayakan wawasan dan laksana impian dan menjadikan Satu malaysia benteng negara dan Malaysia teguh di persada dunia.
Satu malaysia berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan