Isnin, 23 Januari 2012

dah Kerja Part Time !

السلام عليكم

wargh wargh this blog lama bonar menyepi..mklumlh,,,da kerja
eh eh apa? ulang balik..
ye....saya yakni Hareez Haiqal sudah bekerja... wargh wargh! haha~
ok untuk pengetahuan awak awak..saya dah kerja taw..
start pada hari jumaat (20/1/12)
BERTEMPAT DI
 Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
yang terletak di Shah Alam  hoot hoot hoot
di bawah bahagian Pendidikan Islam.


part time jadi pembantu(kerani lah) keyin-data kat situ.
first day arituh..mak ai...
ada jamuan makan-makan
ada kek, nasi goreng kg, ayam goreng, kuih2,kuih tart blueberry*eceyh~
haha rasa sangat beruntung..
rezeki hari jumaat mungkin haha~

oh itulah sahaja..nk cerita..
tamat sampai disini sahaja...
see ya~

#Please call me Encik Hareez.. lalalala*

Rabu, 18 Januari 2012

الحزانى



mood down gile~

Isnin, 16 Januari 2012

Temuramah Pengetua Baharu SMKSubang (Pn.Hjh Rosnah)

EKSKLUSIF!
hanya di Elefunz.

Temuramah Puan Pengetua Baharu
SMK Subang
Pn. Rosnah Ab. Rahman

Ahad, 15 Januari 2012

Kasut Ketupat Zebra..

السلام عليكم

yaww
gajah kembali..
hoho..
rindu lettuw
today gajah nk tunjuk kasut gajah yang telah di make over oleh sesorang adik nih
his name is Raja Aman!

kasut ni memulanya x mo pakai dah..sbb ilang..hahaha!
tetiba jumpe balik..
so ambil insiatif untuk buat something yang lain kat kasut tersebut.,.
carik kat ternet how to make kasut ketupat..haha ikat ikat x jadi~ 
Nasib ade Raja..
hoho

maka terjadilah!


KASUT KETUPAT ZEBRA.!


bye bye kelasik style * cehh
wake up people..kita perlukan perubahan yeah! haha!


Nice ever kot..haha puji diri sendiri~
tapi kalo hitam putih lagi nice kot...

kamus english = Juga dikenali sebagai Checkboard Lacing


Jumaat, 13 Januari 2012

Taman Tema Legoland & Puteri Habour Entertainment Centre


السلام عليكم

Yawwwww!
bebeh~
korang pernah pergi Genting Highland ? Sunway Lagoon ? Wet World? Times Square Cosmo World?
ataw mana mana taman tema pernah korang pergi?
haha~ best? hmmmm  x lah best sgt kot... buhsan kan..haha kadang kadang je best..
ok kali ini gajah nak kongsi kat korang!
gajah pernah buat post ni kat blog HAIQAL2020 . Hehe* promote sikit
tapi mungkin ramai yang tak tahu dan tak amek tahu..haha~

Tahun 2012, Malaysia bakal mempunyai taman tema antarabangsa yang pertama!
wah! best giloo * nmpk x muka excited gila babas nI?

SEPERTI YANG KITA SEMUA TAHU,

TAMAN TEMA LEGOLAND AKAN DIBINA DI JOHOR BAHARU
YA!
LEGOLAND MALAYSIA MERUPAKAN LEGOLAND YANG PERTAMA DI ASIA!
wah !! 
LEGOLAND MALAYSIA BAKAL MENEMPATKAN LEBIH 40 ATRAKSI DARI PERMAINAN SAMPAI LA SHOW. SELAIN ITU AKAN DIBINA MODEL LEGO YANG BERBENTUK MENARA BERKEMBAR PETRONAS , MERLION , ANGKOR WAT, TAJ MAHAL, DAN LAIN- LAIN YANG BERKAITAN DENGAN ASIA.
DIJANGKA BERJUTA-JUTA PELANCONG AKAN DATANG UNTUK MENYEMARAKKAN LAGI INDUSTRI PERLANCONGAN DI MALAYSIA.


dan taman tema yang kedua ialah
....drumroll......




PUTERI HABOUR ENTERTAINMENT CENTRE

FAKTA :
  • TAMAN TEMA INDOOR  DALAM 60,00 KAKI PESEGI
  • LITTLE BIG CLUB TERDIRI DARIPADA : BARNEY, PINGU,ANGELINA BALLERINA,BOBTHE BUILDER
  • TAMAN TEMA 4 TINGKAT
  • KENAPA MALAYSIA? MALAYSIA MERUPAKAN TEMPAT STRATEGIK BAGI PELANCONGAN ASIA
  • TAMAN TEMA LITTLE BIG CLUB PERTAMA
  • SESUAI UNTUK RIADAH DAN REKREASI BERSAMA KELUARGA
  • TERDAPAT RESTORAN LAT THE KAMPUNG BOY
  • TERDAPAT TAMAN TEMA HELLO KITTY 
  • TAMAN TEMA HELLO KITTY PERTAMA DI LUAR JEPUN & CHINA
  • TERDAPAT TAMAN TEMA THOMAS & FRIENDS
  • SELESAI  DAN DIBUKA LEWAT 2012
JADI !
WAH WAH! gembira nya anda! yela..dapat la korang bertemu ngan si pingu nyot nyot tuh..haha
menaiki thomas si keretapi yang selalu senyum, barney si dinasor ungu, makan kat kampung lat,
bertemu ramah dengan hello kitty si kucing x bermulut..kan kan?
haha! jop kita ke Johor!! mesti best~

itula..gajah saje nk tunjuk korang..haha! 
kasi excited dan perasaan kebudak2kan kembali dalam diri korang...


#KALO PERGI JANGAN LUPE AJAK GAJAH! NK JOIN DER~

Rabu, 11 Januari 2012

DAPAT AWARD!


 السلام عليكم

Halo halo~
apa khabar..
ni ha! hoho...nk bagitahu seantero dunia..
saya dapat award!!
wah seronok nyooo...

nak tahu award apa tgk nih~


best nya!
wahaha! sapa x seronok kan..dapat award..
sebenarnya..dah lama dah..cume xda kesempatan nk post
minta maaf banyak2 kepada awie!

saya dapat award ni dari


TERIMA KASIH BANYAK2 BRO!

Isnin, 9 Januari 2012

aku sayang kau sampai mati!

السلام عليكم


beb! gua sayang ko giler-giler beb!
tapi kenapa aku tgk skrg ni..
makin ramai yang cube nak hancurkan kau beb?
kenapa?
kenapa diorang makin cuba nak rosakkan kau beb?
sumpah...
aku hidup..aku bukan nak tengok kau macam ni beb!
satu persatu..masalah timbul...
aku pon pelik gila la beb..
apa diorang ni dah lupa agaknya...
aku setiap hari doa kesejahteraan kau..
besar jasa kau pada diorang..
tapi diorg tetap x nak tengok kau senang..
apehal?
aku letak kau dalam disudut hatiku...
kenapa?kenapa?kenapa?
semua ni terjadi lagi? sampai bila?
sampai anak cicit aku ke?
sebab diorang lah punca berlaku bala!
dah xda sifat sayangkan kat kau ke?
mungkin diorang lupa kau siapa...
atau diorang x sedar yang diorg tgh rosakkan kau?
atau sengaja merosakkan kau?
atau hanya aku je kot yg tergila-gilakan kau?
tiap kali aku pikirkan masa depan kau..
masa depan aku..
masa depan generasi aku...
hmmm..entahlah...
xbole nak janji ape-ape dah...



MALAYSIA! AKU SAYANG KAMU! SEHINGGA NAFAS TERAKHIR AKU!
AKU MENDOAKAN..SEMOGA INSAFLAH KEPADA ORANG YANG CUBA MEMBURUKKAN NAMA MALAYSIA DALAM DUNIA NI.
SEDARLAH KORANG!
SEDARLAH!
BANGKITLAH!
SAY NO TO STUPIDNESS

Sabtu, 7 Januari 2012

VIDEO PARODY MELAYU!

Yaww!! wazup bebeh~
haha...suke tgk video parody ?yeah aku pun..jom saksikan bebudak nih.haha
#pabila sengal menguasai diri~

BEFORE TGK BOLEHLAH TEKAN STOP MUSIC KAT TEPI NI~>

ADA LEMBU NAK JAGA (Move like jagger)

CINTA MUKA BULU (Cinta muku buku)


AKU SUDAH JATUH CINTA (Just the way u are)



CENAT CENUT( Smash-I Heart You)



AKU SEKSI AKU TAHU (sexy & i know it)



itujela kot yg dpt dijumpai..haha~
banyak lagi sebenarnya..tp dari negara seberang la..
haha...apa-apa pun .layaannn


#i'm parody lover..

Isnin, 2 Januari 2012

Cara-Cara untuk Meniru dalam Peperiksaan.

السلام عليكم

wah! wah! entry tahun baru ni..haha!
so tahun baru mesti lah azam pun baru kan?
haha..amboih banyak betol list azam tahun baru tuh..haha..
ni....yang ini mesti xde dalam list azam tahun baru kan? 
iaitu...dah xmo tiru dalam exam lagi..hehe!

haha..saya tahu...anda tu...tak payah toleh kiri kanan..ya! anda yg sedang baca ni.,..
mesti pernah tiru punya..kan kan?
haha..apa kata mulai tahun ini..korang- korang stop la membuat perkara tidak bermoral ini,
serta salah disisi agama islam..

Jop kita sucksikan..cara cara nya...

1. Letak Buku Bawah Meja.

Teknik ini sangat popular pada masa dahulu ...cara-caranya,laci meja akan diletakkan menghadap dan tidak mengendahkan arahan guru. so caranya..letak buku kat peha, pastikan peha dan bawah meja berkepitan, pastu kene la coverline..tengok kiri kanan dulu..sebelum buat..kang kantoi..padan muke (Buat dosa lagi)

2.Menulis Nota Diatas Meja.
Teknik ini tidak lagi ketinggalan zaman..korang bolehlah tulis nota or formula dekat meja dengan cara , lukis la gamba denesor ke, gamba otomen ke..ape-ape jelah pastu disebelah gambar tersebut letak lah nota dan segala formula. Motif lukisan itu ialah untuk mengaburi mata guru yg mengawasi korang.

3.Letak nota bawah baju atas kain (Perempuan shj)
yeah! ini tak perlu lah cerita lebih-lebih..kepada kaum hawa. macamla aku tak tahu korang buat macam ni kan? haha..caranya ialah,  seletape nota kat kain biru kemudian tutup dengan baju kurung putih yang labuh itu. tadaa...so bila nak mendapatkan dosa itu anda hanyalah perlu menyelak *upss baju putih itu supaya menampakkan nota tersebut.

4.Memberi isyarat nombor di pipi


haha! selalu yang korang buat ialah, kasi kasi klue kan, tak pun bahasa isyarat yang ntah hape-hape dan kurang difahami oleh para peniru dan pemberi tiru. 
caranya ialah, korang tarik perhatian kawan korang , pastu bila dia pandang terus korang tunjukkan bilangan nombor soalan tersebut.

5. Tulis Nota Di Peha (for Non-Muslim)
INFO: itu tulisan di peha bukan bulu! hakhak
Ha!! yang ini pulak agak parah. Kepada chinese girl yang ade cubaan nak meniru, boleh la cuba cara ini. caranya, tulis nota siap siap di rumah, haha! kemudian caranya sama macam diatas.disaat diperlukan selak sikit jer! kain itu.tgk nota..pastikan line clear!

6.Nota Di Kuku
Tulis maklumat kat kuku (especially formula addmath). Kalau ada cikgu yang datang tuh,
buat-buat la kilatkn kuku guna pemadam sambil cover cool je..haha! 
so, cikgu-cikgu yang menjaga, bila tengok budak-budak yang asyik tengok kuku tuh..
tangkaplah mangsa anda dengan semangat.

7.Letak Nota Dikalkulator
Caranya, tampalkan nota kecil menggunakan memo pad atau apa-apa kertas lah. Kepada yang pandai edit edit tuh, boleh lah buat formula/note ala-ala background kalkulator tersebut.

8.Letak Nota Bawah Tudung
Caranya sama macam step biasa, lekat tampal kat belakang tudung. So, bila nak tengok nota tuh terbalikkan tudung itu dengan penuh hati-hati. Lagi effektif pakai tudung yang lebih lebar. *astaghfirullahalazim ..kawan-kwan...insaflah! Cikgu-cikgu bolehlah check tudung pelajar sebelum masuk ya!

9.Nota Menggunakan Inai
Caranya ialah masa malam-malam before kawen  exam , korang boleh la ukir nota menggunakan inai tersebut di tangan anda, Risiko yang tinggi. tapi kalau dah buntu sangat , ini pon bole~

10. Letak Nota Bawah Peha
Ha!!! this one paling feveret budak budak laki ..kot..
cikgu-cikgu selalunya mmg jarang check note bawah peha budak-budak.
tapi itulah hakikatnya dimana terletaknya rahsia segala rahsia

11. Tulis Nota atas Air Blog/ Bekas ABC/ 7eleven Slurppie
Jeng ! Jeng ! jeng! ini taktik terbaru..tapi sekarang dah tak baru ..
haha!padan muke sekali lagi
Caranya, tulis nota ttg sesebuah subjek uh di atas penutup bekas air ni.
.so kepada cikgu-cikgu...sila lah pastikan anak murid anda tidak membawa bekas air jenis ini masuk kelas/dewan semasa peperiksaan dijalankan.

12. Nota Gulung Pada Pen/Pensel Mechanicle
Sediakan Selotape , Kertas 
Cara- Caranya:-
1. Koyak kertas dan dijadikan kecik
2. Tulis Segala Nota 
3. Gulungkan Nota Tersebut
4.Gulung dan masukkan kedalam pen/pensel tekan 
5. Seletep dengan kemas


Masa exam bolehlah korang tiru dengan sesuka hatinya. Tapi cikgu-cikgu dah baca disini, maka ianya akan semakin susah.


13. Nota pada Duit kertas
Cara ini adalah cara paling selamat mengaburi mata guru-guru.
Caranya ialah dengan tulis segala nota keatas muka duit itu sebanyak mungkin, pastu buat buat la macam nak kira duit, ala-ala bos nak kasi duit kepada orang-orangnya. 
Caranya:-
1.Bukak wallet dengan bangga & cool
2.Buat-buat kira duit yg berwarna- warni
3.amek duit yg ade notes tuh kemudian buat la belek-belek (padahal tgh baca)
4.Cikgu-cikgu yg dah tahu taktik ni apa lagi, serbu..

14. Menulis di lengan dengan memakai baju lengan panjang.
Ya, ya.. inilah taktik yang lama dan rasanya ramai yg x buat dah. sebagai renungan dan panduan cikgu-cikguperhatikan budak-budak yg tetiba lipat baju lengan panjang tuh x pun yg tak butang baju tersebut.
Caranya, nota ditulis disepanjang lengan dan membacanya dengan membuka butang dan letak tangan berdekatan kertas soalan.

 15. Nota ditulis kedalam pencil case lutsinar.
Teknik ini boleh dikatakan baharu dan selamat 50/50.haha! maklumlah..bila buat dosa mmg bnyk cabaran nya. ok 
Caranya :-
1. Buat nota kecik -kecik dipotong lebih kurang sama saiz.
2.Masukkan kedalam bekas lutsinar tersebut (Dibelakang alat tulis supaya senang).
3.Letak secara sistematik dan perlahan-lahan.

4. Terbalikkan semula bekas lutsinar.
5.Pastikan cover dengan pelbagai jenis alat tulis didalamnya..
6.Jika nak meniru, pusingkn sahaja pencil case dan tirulah sepuas-puasnya.

Tadaaa..cikgu- cikgu haruslah rajin mengecheck pencil case budak-budak zaman sekarang

16.Letak Nota dalam pencil case

Amboi-amboi korang...makin naik syeh nak meniru yer..haha!
ok kali ni pasal teknik yang biasa tapi caranya luar biasa.
Iaitu dengan meletakkan nota kedalam pencil case/box tertutup.
Caranya :-
I.Buat² carik liqiud ker,pemadam ker atau apa-apa lah yang peting dan yang pasti kawan-kawan korang takde bende itu. Buat² gelabah sket.

II. Tanya kat kawan sebelah bila line clear, konon konon tanyela, ''weh ade liquid x?''
pastikan kawan ko tuh mmg takde liquid kalo x...hancurla masa depan korang..haha!
3. Tadaaa...misi anda tercapai dengan jayanya, dengan buat-buat check pencil box konon-konon ade ke tak liquid tuh, sambil membaca nota yang telah ditulis dalam tuh!

17. Letak Nota kecil dalam stepler untuk share jawapan/soalan dengan kawan.

Sediakan barang-barangnya.
Stepler
Kertas yang telah dilipat empat

Caranya:-
1. Masukkan kertas kedalam stepler tersebut.
2. ketap stepler biarkan kertas terpenyek didalam.
3. Tadaaa! anda bolehlah meng'share' stepler itu kepada kawan² yang pandai²..
kot kot nak tahu jawapan apa kan.?

18. Label Botol Minuman

Katanya, teknik ini sangat popular dibarat, maklumlah kehidupan yang canggih, pemikiran pon canggih jugak *la sangat..
ok teknik nya ialah

1. Menanggalkan Label pada Botol dengan berhati hati supaya tak koyak!

2. Selepas itu, Scan label dalam scanner/printer!
3. Lekat nota / edit dalam label tersebut supaya betul betul nampak mcm real, konon2 ingredient..padahal..
3.Lekat bahan tersebut  berhati-hati dan tadaaa...anda mempunyai satu bahan tiruan yang tak dapat dikesan oleh sesiapapun.* dulu la... kalao sekarang tidak lagi! haha~

19. Sapu Tangan Hikmat 
Sapu tangan merupakan barang paling biasa dan tak tercapai dek akal guru-guru bahawa anda sedang meniru! Caranya, nota dipotong kecil-kecil dan diletakkan dibawah sapu tangan. pastikan sapu tangan itu basah skit dan agak busuk..haha! * yang pasti cikgu korang takkan pegang langsung. lagi-lagi kalau korang buat² selesema, lagi la dia geli..haha
cikgu bolehlah check bawah sapu tangan budak-budak, kalo-kalo ade yg letak note.

SEMADAH BICARA BUAT WARGA PENDIDIK. 

''cikgu-cikgu haruslah kreatif dizaman ini~yeah! 
cikgu-cikgu apa lagi, kalau dah bosan sangat menjaga murid semasa exam, ha! ini lah caranya..best bukan? haha! selamat mencuba!!

Entry kali ini bukanla nak ajar korang camner nk tiru..tetapi ianya sebagai panduan para guru & pengawas untuk mengesyaki seseorang itu meniru ataupun tidak.

Jangan risaw, cara-cara berikut telah dikaji dengan sahihnya dan telah ditanyakan secara terperinci oleh murid-murid.''

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga


JIKA ADA YANG MEMBACA ENTRY INI BELUM HABIS SEKOLAH ,
SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. TERIMA KASIH.

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012




SELAMAT TAHUN BARU UNTUK 2012, 
semoga tahun 2011 dapat lah menggulung kertas yg sudah 
dilakarkan dan dilukiskan pada kertas yg sudah lama itu. 
Semoga apa yg diakarkan boleh menjadi pedoman 
dan iktibar untuk kita semua pada tahun 2012 ini. Dan bukalah kertas 
yang baru untuk dilakarkan dengan baik dan berhati-hati agar kertas itu 
tidak terlalu kotor dan tersasar dari atas kertas. 
Semoga apa yg diperkatakan tadi,ambillah segala iktibar agar tidak berlaku kegagalan dan keraguan sekali lagi. Amin.

SELAMAT menjadi tua!
SELAMAT menjadi dewasa!

yahooo! No More School ! Suka suka suka!
Ku doakan agar Malaysia kekal aman dan damai serta tiada persengketaan diantara kita!
terima kasih follower yg ke-400! hadiah tahun baru ni~



Happy New Year 2012.Happy New Year 2012.Happy New Year 2012.Happy New Year 2012.
♥♥