Ahad, 10 Julai 2011

mencintaimu~

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..& peace be upon to you All
kepada semua rakyat MALAYSIA. and to all bloggers & visitors...eceywah..haha..
saya HAREEZ HAIQAL B.SHAARI  (elefunz) ingin menyatakan untuk mengurangkan aktiviti blogger dan ber'internet' saya kerana ingin menghadapi PEPERIKSAAN TERBESAR DALAM HIDUP SAYA YANG MENENTUKAN ARAH HIDUP SAYA IAITU SPM.

oh noo!! whyy! kenapa!!! tidakk!! oh mann!! aargghh!!!

cukup..cukup..bertenang kalian ..
Xpe-xpe..nnti ada masa boleh kita bergumbira bersama lagi kan..huhu
thnx kepada follower yg sentiasa berada disamping,disisi,dicelah, hareez..OK..
Korang mmg da best la..
Yang rindu² boleh la jenguk sambil bersihkan blog ni dari habuk-habuk yang x lama lagi akan bersawang.
I LVE KORANG..KORANG LVE HAREeZ X? 
Untunglaarrhhh...kekeke

to international readers: that post , stories about this blog owner want to reduce his activity on internet and blogging.thank you for support this blog~

Sabtu, 9 Julai 2011

contest kek lapis yang sedap!!!

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma hujung bulan 8 ni kami Kek Lapis Sarawak ingin mengadakan CONTEST BAJU RAYA 2011 dimana para pemenang akan mendapat hadiah istimewa yang akan kami berikan. Terdapat 3 kategori yang akan dipertandingkan iaitu:

1.Kategori Lelaki
2.Kategori Wanita
3.Kategori Pasangan atau Keluarga

Syarat penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai  alamat di Malaysia dimana kami akan menghantarkan hadiah kelak.

Cara penyertaan:
1.Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa dan postkan di dalam blog anda. Caranya highlight entry ini kemudian tekan "Ctrl + C" kemudian pergi ke post anda kemudian tekan "Ctrl + V" 
2.Like Fanpage kami supaya anda dapat upload dan like gambar anda kemudian. Boleh klik button like dibawah ini.




3.Upload gambar anda memakai baju raya anda tak kira baju tahun ni atau tahun lepas pada album kategori yang ingin anda masuk hanya boleh masuk satu saje tau =p. Kami akan delete gambar yang kami rasakan tidak 'sesuai'. Boleh klik pada link dibawah untuk pergi ke album kami. Jika anda mempunyai masalah upload pada album pada link dibawah hantarkan gambar anda kepa kami beserta link post blog anda kekeklapisborong@gmail.com




4.Kemudian copy url post anda tadi kemudian paste pada description gambar anda.
5.Jemput rakan atau sesiapa sahaja untuk like gambar anda pastikan dia like dulu fanpage kami sebelum like gambar anda.


"Peserta yang mempunyai vote atau like yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang"


Para pemenang akan mendapat kek lapis untuk hari raya daripada kami..huyeaa..
Pemberian hadiah adalah seperti berikut.


1.Kategori Lelaki
- 2biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50
2.Kategori Wanita
- 2biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM50
3.Kategori Pasangan atau Keluarga
- 4biji kek lapis bernilai RM25 setiap satu keseluruhan RM100


*Pemenang boleh memilih kek kegemaran mereka dan akan dihantar seminggu sebelum raya.


Tarikh tutup penyertaan adalah 17/08/2011 lebih kurang 2minggu sebelum raya.

my picca:

gamba ini..~ yeah~ last year punye...merah menyala oh jantungkuu...haha~
kat umah before pergi HK..
hope win~
mau kuih kek lapis yo! 

KEAMANAN

Malaysia merupakan sebuah ''syurga dunia'' kerana kejadian buruk jarang berlaku di sini terutama ancaman bencana alam dan peperangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menjadikan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Tetapi sejak kebelakangan ini, negara kita semakin dilanda banyak masalah yang dapat memburukkan nama negara.


Untuk mengelakkan segala perkara tidak diinigini kita hendaklah ''Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai'' kerana dengan ini ia dapat memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian kita serta merangkumi negara dan masyarakat sekeliling. Selain itu, kita haruslah Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Kerana dengan berfikir secara rasional dapat membezakan antara perkara yang baik dan perkara yang buruk. Disamping itu perkara yang diluar jangkaan kita ini haruslah ada masa dan tempat yang sesuai agar tidak memberikan masalah kepada masyarakat sekeliling kerana ''Berbuat di alang, belayar di luar musim'' dan mestilah ''Berkaul pada keramat'' dan ''Dalam berselam, cetek bertimba''.


Tambahan pula, kita hendaklah Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang dan tidak terus bertindak melulu dengan tujuan yang belum tentu dapat dilaksanakan. Sifat dalaman haruslah bersih dari segalanya dan menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kita hendaklah menjaga peribadi dan rohani serta jasmani diri agar tidak mudah dipandang serong masyarakat sekitar dan ''Biar mati anak jangan mati adat'' kerana adat merupakan pelengkap dalam sesuatu masyarakat lebih-lebih lagi di dalam negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama dan jangan dibiarkan ditinggalkan begitu sahaja sehingga sanggup dipijak-pijak bangsa lain.



Rakyat (dalam konteks Masyarakat) umpama akar, pemimpin itu umpama pohonnya jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak dapat berdiri." Pun begitu, jika kita mahu pohon yang tumbuh itu dari benih yang terpilih, yang akar haruslah  penuh berkelayakan dan teguh bersatu untuk menghasilkan  buah yang manis dan ranum ditambah pula dengan bunga-bunga yang mekar dan menyerikan lagi pohon tersebut.Rakyat  harus lah bersatu padu dan biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang. Rakyat juga janganlah rebutkan tembikar pecah kerana tiada gunanya. 



Justeru, bak kata peribahasa melayu Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, kita perlulah sentiasa selidik perkara yang betul dan mencari kebenaran tanpa mempercayai bulat-bulat dari kata mahupun fakta sebenarnya sendiri. Kita haruslah Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah agar tidak memberikan kata fitnah yang dapat merosakan diri kita sendiri sekaligus memburukan masyarakat ke persada mayapada ini.


Akhir sekali,keamanan negara juga haruslah dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.Kita sebagai rakyat yang prihatin tidaklah mahu menjaga tepi kain orang lain tetapi bak kata peribahasa ''Jangan buat kerbau tanduk panjang'' tapi biarlah benda-benda ni semua tidak terlalu melampaui batas dan Jangan dibiarkan sampai naik ke mata. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis , maklumlah negara kita mempunyai undang-undang dan janganlah cepat mempercayai  kata-kata manis orang bak kata peribahasa ''Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan''.disebabkan perkara ini besar janganlah kita menyangka ''Ombak yang kecil jangan ditidakkan'' . Yang pasti mereka ini haruslah  memilih kesesuaian sesuatu perkara dengan bijaksana~


Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.Demi islam yang syumul dan budaya yang bersendi syarak harus kita pelihara.


 Bersama istiqamah jayakan wawasan.
"Al-Qudwah Qabla Da'wah"
Teladan didahulukan sebelum dakwah dilakukan




© HAK CIPTA TERPELIHARA 2011 ELEFUNZ
sumber rujukan : Puan Faizah , Buku Peribahasa , Kamus Dewan, Kamus Elektronik, zaimthinks

Selasa, 5 Julai 2011

Popular Elephant Character

 KOLEKSI GAJAH YANG HARUS KU LENGKAPI~


Isnin, 4 Julai 2011

JUALAN HARI TERBUKA

jualan hari terbuka.telah berlangsung selama 2 hari d'smk subang dgn meriahnya..wohoo...
ramai pelajar dan guru masing masing menjual barangan-barangan mereka.
best weyh...korg ada singgh gerai harez x?
hahaha



jopp saksikn gerai2 jualan kitorg...

GERAI ATLIT 
(hot item: set bersalin,air zam-zam,rojak)

GERAI BURGER 
(hot item : burger oblong black papper sebijik mcm McD prosperity)

GERAI BAJU & TUDUNG
(hot item: shawl = selendang)

GERAI KAUNSELING
(hot item : big hand rumah sukan )

GERAI UPIN IPIN
(hot item: beg upin-ipin, home sauna,gas belon hidrogen)

GERAI KELAB PENGGUNA
(hot item:air peach made in iran & kurma & mkanan timur tengah)

GERAI CUP CAKE & GORENG
(hot item: cuppy cake)

GERAI APENTAH..
(hot item: air kelapa lemon)

GERAI KOPERASI (AIR)
(hot item : milo & sunkist orange juice)

GERAI KOPERASI (MAKANAN)
(hot item: kentang gorang/french fries)

GERAI KEPERASI (MAKANAN 2)
(hot item : french fries)

GERAI PENGAWAS
(hot dog bun)

GERAI PENGAWAS PSS (SATAY)
 (hot item : of coz satay) * kalah satay kajang haji samuri punye~
GERAI PENGAWAS PSS (ICE BLENDED)
(hot item: ice blended perisa milo)

GERAI PSS(BUKU & AKHBAR)
(hot item : buku latih tubi)

GERAI TUDUNG & SHAWL
(hot item : shawl)

GERAI FLORA
(hot item: bunge) * mahal giler price from rm 60---rm 100++

GERAI JUMBLE SALE (PN. AZIAN)
(hot item: baju budak & tudung & mainan keras)
GERAI JUMBLE SALE (PN. SUSILA) 
(hot item: sharpener berbattery,soft toys,cakes) * first day laku giler... second day....mcm ttuttt...korg paham2 jela...best taw!!!


Ahad, 3 Julai 2011

xda post

xda new post dari jumaat-sabtu yang lepas..
sebabnya..
ada camping kat Morib (EL-AZHAR CAMP)..
Wooohooo terbaek...bestt....menggiler..wohoooooooo
nnti hareEz share ngan korang keyh!
penat giler wooo

next post 
*(jualan)
*(kem @ el azhar.morib)