Memaparkan catatan dengan label interaktif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label interaktif. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2011

Terima Kasih Daun Keladi!


السلام عليكم

Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah~
akhirnya saya menang! haha ! suka gilaaaaa...
menang first time pulak...
alahaii.suka gilaa

eh kejap-kejap..
menang apa ni? tetiba crita pasal menang?

ok.pada suatu hari, kat fb ni..aku pon terbukak la page Elephant Parade..
sedikit info ttg elephant parade


('' Elephant Parade'' ialah satu pameran outdoor TERBESAR di dunia ,khusus untuk menyelamatkan gajah asia dari kepupusan. Sepanjang beberapa bulan, beratus ratus patung gajah saiz SEBENAR yang diwarnakan/di'design', dicorakkan dan diletakkan di bandar sebagai alat pameran. Gajah-gajah ini dilukis oleh pelukis² antarabangsa dan tempatan. Pada akhir pameran, gajah-gajah ini akan dilelong kepada individu dan pertubuhan pertubuhan khas. Sebahagian daripada lelongan akan didermakan kepada Yayasan Gajah Asia. )





ok sambung balik~
maka bila aku bukak page tersebut , ade contest lah pulak~..
contest tuh suruh kita mereka design gajah pada template yg telah diberikan.tugas kita hanyalah harus mencorakkan badan gajah tersebut.& the most likes win~
woohoo..apa lagi dengan bangganya aku pon join lah..
tahu x? ya ampuun..susahnya nak menang..haha
mula mula watlek luh sbb dah soh kawan2 like...bnyk kot..haha banyak gila. aderla mcm 120++.
TETIBA..!! (suspens x)..
my sister said 'dik ko dah check ke yang lain punya'..
haha...ya ampun..aku ingt aku sorg je yang masuk contest ni..mak aih..banyak rupanya...
haha..serius terpanjat..terpanjat sangat..tgk tgk ade yg dah ada yang challange mine..
ya allah..sangat takut..
oleh itu dengan pantasnya..aq suruh kawan-kwn like that picca..
serius...dan untuk awak-awak yang like pic ni..saya nak berterima kasih gila gila...
rasa mcm nak belanja semua orang je..
haha..apa kan daya... so dengan itu bermula lah tagihan simpati sbb soh diorg like..huhu
dan tiada paksaan..haha..semua rela hati kan? haha..a friends in need is a friend indeed right?


2 malam tak tidur mengenangkan nasib bakal menimpa..
sebabnya saya membawa nama negara ke persada dunia!
dan ya! hanya saya seorang rakyat malaysia yang menyertai pertandingan itu!
saya sangat berbangga!
dan saya sngat berbanggga dan terharu sbb kawan-kawan saya x henti henti tolong
terutama kakak angkat saya dari Laos! die mengkongsikan gambarnya ke dalam kumpulan2 yang die sertai dalam facebook itu! itu sangat menyentuh jiwa saya!


------------------------------------------------------------------------------------------------------
ENGLISH TARANSLATE:


2 night i not sleep cause thinking about my fate!
because i bring my country names to the world.!
and yes! i'm the one and only malaysian in that contest.!
i was so proud!
and i was so proud and so touched because my friends non stop helping me!
especially my adopt sister (Sis Sing Sing) from Laos! she share that picture to her group! thats really take my heart ! 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
♥ terima kasih kepada mama! yang bersama sejuk2 kaki & tangan mengenang nasib..haha!
pukul 3 pagi dah tepon kawan2 dan sedara suruh like. bayangkanlahh...


♥ terima kasih kepada saudara mara yang x henti henti menyuruh anak mereka like sama.ahaksss


♥ terima kasih kepada kawan mama/ kawan kakak/ kawan atuk sbb like picca itu..


♥ terima kasih juga kepada my adik♠ haha~ her real name is nur adilah.(carilah..kat fb xdepon) dia lah yang sedikit sebanyak membantu saya ! serius dia ni baik orangnya..nice to know her..org perak.haha~ org perak bnyk yg baik2 eh? haha~ LOLs


♥ terima kasih juga kepada my best/clever ever , bro man jun & bro budu/arep!.. terima kasih sbb invite kawan-kwan anda menglike picca ini dan memberi sedikit sebanyak moral support.


♥ terima kasih kepada Muhammad Hazim | Wan Radiah Wan Omar | Aen Naqibah | Amirul Asyraaf  |  kawan kawan fb yang lain! << mereka org2 yg share gambar itu.


dan kawan-kawan yang sudi menglike gambr ini,


---->>> <<<---

Sya berasa amat terharu dan gembira apabila tengok ramai juga yang sokong saya ni..walaupon ade juga orang lain yang like gamba gajah lain.sighh! dan x layan saya..
sejujurnya saya dah tak tahu macam mana nak berterima kasih..
tapi mmg penat soh org like nih.haha
harap ini bukan yg last aku join contest gila gila macamni..kahkah~

dengan ini dengan bangganya..saya memperkenal kan
ONE ASEAN!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copyright Hareez Haiqal 2011-2012 & Elephant Parade.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
one ASEAN .. negara-negara ASEAN yang unik menjadi sumber inspirasi aku untuk membuat network ini. Sesungguhnya kita semua kan warga ASEAN. ya! perlu berbangga..disertakan PETRONAS TWIN TOWER,MONAS,MERLION,ANGKOR WAT,PAGODA.
mmg x cantik sgt..sbb ramai lagi yg cantik cantik...tapi alhamdulillah..MENANG juga!
berkat usaha sama facebookers..ho yeah!

Dan sebaik sahaja pengumuman dilakukan di fb..''wahhh gembira nya hati sya''
melompat lompat beb..haha~
sukanyaa..

tengok ni~
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH AWAK!
INI PERTAMA KALI SAYA MENANG SOMETHING DALAM INTERNET DAN SAYA SUKA!


Jumaat, 23 Disember 2011

DUIT ! MONEY ! பணம்! 资金! المال! UANG!

HO YEA. HO YEA..
DAH TGK DUIT BAHARU RINGGIT MALAYSIA NEXT YEAR?
CANTIK BUKAN?
seperti monopoly
HAHA! SANGAT KALERFUL..

beruntung sungguh duit-duit ni....
asyik tukar tukar rupa je..haha~
so kepada sesiapa yang belum tengok 
boleh lah tgk video ni yer..



mari kita saksikan duit RM 1.
Dari pertama kali keluar sampai la today..
yuk..tengok yuk!!

 

which is da best?

TERBAIKK...LAH~

Selasa, 13 Disember 2011

amek lesen!

assalamualaikum~
halo-halo-halo

untuk pengetahuan awak-awak diluar sana~
saya da masuk kelas Memandu tahu? 
kat mana? kat cni => METRO DRIVING ACADEMY
haha~ best nihh



first time to take license..sbb tuh agak terkinja-kinja..hakhak~
one of my wishlist( 1/9) suda tercapai~

this is one of the elefunz mascot. You can see this mascot from right corner of my blog.

ape-ape pon wish me luck! sebab lepas ni ade exam memandu pula...hohoh!


oh yeah!!

akhir kata :
YEAH* (1/9)

Isnin, 10 Oktober 2011

ROKOK ITU HARAM!

Assalamualaikum kepada semua muslimin & muslimat~
& selamat sejahtera to non muslim~
arini nak share ttg ROKOK itu HARAM! 
 (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪے
bagus~ 

like it~
& to all my calon isteri...saya adalah calon suami anda yg terbaikk~ wink2

jop click gmba & baca..


Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
)

✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn 
بسم الله..!

✔ Mana ada selepas habis merokok ucap

 (الحمد لله) !

✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!

✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!

✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!


SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....

hidup lebih sihat tanpa merokok...



akhir kata: Kepada rakan-rakan ku serta saudara mara ku..please stop merokok.. xbaik lah..
alhamdulillah...arwah ayah saya x merokok, atuk pon sama..
so korang semua jgn didik anak korg merokok!
k.babai !



Harapan setiggi gunung:-
i wish i could be a MENTERI one day~. dapat pangkat YB pon sokay..doakan lah ye.. nak tolong rkyat serta menjaga keperibadian rakyat yg semakin hilng ditelan arus modenisasi dan membantu rakyat-rakyat yang susah dan yg paling penting membuatkan negara sifar asap rokok & perkara haram yg lain! yeah!..heeee~korang da boleh persiapkn diri utk undi YB Hareez Haiqal..Eceeyhh~





Ahad, 9 Oktober 2011

Siapakah Kita ?


Personaliti berdasarkan Huruf Pertama pada Nama‏



A = Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa  
hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan  
marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.  

  
B = Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan  dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar,  
yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat  mudah tersinggung.

C = Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di  kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D = Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat  bekerja.  Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.  

  
E
 = Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.  Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila  hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.  
  
F = Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.  Mereka juga sukar  memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.  
  
G = Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.  Tekun belajar  
ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan  ketika rakannya sedang tekun.

 H = Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan  orang lain (HAHA).  Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan  bercita-cita terlalu tinggi. 
( betollll) 

I = Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa  curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.  
  
J = Ramah dan murah senyuman.. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.  
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

  
K = Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
  
L = Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka  
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila  berbelanja. 
Kelemahannya, tidak  menepati masa. 

M = Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.  


N = Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
bersedih hati dan kurang percaya diri. 

O = Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman. 


P
 = Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
  

Q = Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk  kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. 

R = Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang cita. Suka mengkritik.
Dan sukar mengawal bicara ketika marah. 


S = Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang
suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.  

T = Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain  senang gugup, terutama bila bersalah.

U = Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.  

V
 = Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, 
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang  memikat. Tidak suka  
berterus terang.  

W = Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang
tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya
boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X = Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah  tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. 
Y = Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani  mengemukakan pendapat.

Z = Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa  terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.