Memaparkan catatan dengan label SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPM. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

esok result spm ! yakni 21 march !

Assalamualaikum~


21 march ! aku nak amek result spm..ya Allah
serammnya rasa..
doakan aku yang terbaik..
aku dah buat terbaik
Ya ALLAH..
BERIKANLAH AKU DAPT KEPUTUSAN CEMERLANG ..
UNTUK IBUKU DAN KELUARGA KU...
AMIN AMIN

Ya Allah! aku memohon kebaikan dengan ilmu-Mu. Memohon agar Engkau menentukan kebaikan itu buatku, dan aku memohon sebagian dari keutamaan-Mu yang agung. Kerana Engkau Maha Kuasa dan aku tidak kuasa. Engkau Maha Tahu dan aku tidak tahu. Engkau yang mengetahui hal-hal yang ghaib. Ya Allah! jika Engkau tahu perkara ini lebih baik buatku, dalam agama, kehidupan, dan masa depan perkara ini lebih baik buatku, tentukanlah perkara itu buatku dan mudahkanlah. Tapi jika Engkau tahu bahawa perkara ini adalah buruk buatku dalam agama, kehidupan, dan masa depan perkaraku, maka palingkanlah perkara itu dan jauhkan dariku, dan berikan sesuatu yang terbaik padaku bagaimanapun caranya, kemudian buatlah aku reda padanya" 


Isnin, 2 Januari 2012

Cara-Cara untuk Meniru dalam Peperiksaan.

السلام عليكم

wah! wah! entry tahun baru ni..haha!
so tahun baru mesti lah azam pun baru kan?
haha..amboih banyak betol list azam tahun baru tuh..haha..
ni....yang ini mesti xde dalam list azam tahun baru kan? 
iaitu...dah xmo tiru dalam exam lagi..hehe!

haha..saya tahu...anda tu...tak payah toleh kiri kanan..ya! anda yg sedang baca ni.,..
mesti pernah tiru punya..kan kan?
haha..apa kata mulai tahun ini..korang- korang stop la membuat perkara tidak bermoral ini,
serta salah disisi agama islam..

Jop kita sucksikan..cara cara nya...

1. Letak Buku Bawah Meja.

Teknik ini sangat popular pada masa dahulu ...cara-caranya,laci meja akan diletakkan menghadap dan tidak mengendahkan arahan guru. so caranya..letak buku kat peha, pastikan peha dan bawah meja berkepitan, pastu kene la coverline..tengok kiri kanan dulu..sebelum buat..kang kantoi..padan muke (Buat dosa lagi)

2.Menulis Nota Diatas Meja.
Teknik ini tidak lagi ketinggalan zaman..korang bolehlah tulis nota or formula dekat meja dengan cara , lukis la gamba denesor ke, gamba otomen ke..ape-ape jelah pastu disebelah gambar tersebut letak lah nota dan segala formula. Motif lukisan itu ialah untuk mengaburi mata guru yg mengawasi korang.

3.Letak nota bawah baju atas kain (Perempuan shj)
yeah! ini tak perlu lah cerita lebih-lebih..kepada kaum hawa. macamla aku tak tahu korang buat macam ni kan? haha..caranya ialah,  seletape nota kat kain biru kemudian tutup dengan baju kurung putih yang labuh itu. tadaa...so bila nak mendapatkan dosa itu anda hanyalah perlu menyelak *upss baju putih itu supaya menampakkan nota tersebut.

4.Memberi isyarat nombor di pipi


haha! selalu yang korang buat ialah, kasi kasi klue kan, tak pun bahasa isyarat yang ntah hape-hape dan kurang difahami oleh para peniru dan pemberi tiru. 
caranya ialah, korang tarik perhatian kawan korang , pastu bila dia pandang terus korang tunjukkan bilangan nombor soalan tersebut.

5. Tulis Nota Di Peha (for Non-Muslim)
INFO: itu tulisan di peha bukan bulu! hakhak
Ha!! yang ini pulak agak parah. Kepada chinese girl yang ade cubaan nak meniru, boleh la cuba cara ini. caranya, tulis nota siap siap di rumah, haha! kemudian caranya sama macam diatas.disaat diperlukan selak sikit jer! kain itu.tgk nota..pastikan line clear!

6.Nota Di Kuku
Tulis maklumat kat kuku (especially formula addmath). Kalau ada cikgu yang datang tuh,
buat-buat la kilatkn kuku guna pemadam sambil cover cool je..haha! 
so, cikgu-cikgu yang menjaga, bila tengok budak-budak yang asyik tengok kuku tuh..
tangkaplah mangsa anda dengan semangat.

7.Letak Nota Dikalkulator
Caranya, tampalkan nota kecil menggunakan memo pad atau apa-apa kertas lah. Kepada yang pandai edit edit tuh, boleh lah buat formula/note ala-ala background kalkulator tersebut.

8.Letak Nota Bawah Tudung
Caranya sama macam step biasa, lekat tampal kat belakang tudung. So, bila nak tengok nota tuh terbalikkan tudung itu dengan penuh hati-hati. Lagi effektif pakai tudung yang lebih lebar. *astaghfirullahalazim ..kawan-kwan...insaflah! Cikgu-cikgu bolehlah check tudung pelajar sebelum masuk ya!

9.Nota Menggunakan Inai
Caranya ialah masa malam-malam before kawen  exam , korang boleh la ukir nota menggunakan inai tersebut di tangan anda, Risiko yang tinggi. tapi kalau dah buntu sangat , ini pon bole~

10. Letak Nota Bawah Peha
Ha!!! this one paling feveret budak budak laki ..kot..
cikgu-cikgu selalunya mmg jarang check note bawah peha budak-budak.
tapi itulah hakikatnya dimana terletaknya rahsia segala rahsia

11. Tulis Nota atas Air Blog/ Bekas ABC/ 7eleven Slurppie
Jeng ! Jeng ! jeng! ini taktik terbaru..tapi sekarang dah tak baru ..
haha!padan muke sekali lagi
Caranya, tulis nota ttg sesebuah subjek uh di atas penutup bekas air ni.
.so kepada cikgu-cikgu...sila lah pastikan anak murid anda tidak membawa bekas air jenis ini masuk kelas/dewan semasa peperiksaan dijalankan.

12. Nota Gulung Pada Pen/Pensel Mechanicle
Sediakan Selotape , Kertas 
Cara- Caranya:-
1. Koyak kertas dan dijadikan kecik
2. Tulis Segala Nota 
3. Gulungkan Nota Tersebut
4.Gulung dan masukkan kedalam pen/pensel tekan 
5. Seletep dengan kemas


Masa exam bolehlah korang tiru dengan sesuka hatinya. Tapi cikgu-cikgu dah baca disini, maka ianya akan semakin susah.


13. Nota pada Duit kertas
Cara ini adalah cara paling selamat mengaburi mata guru-guru.
Caranya ialah dengan tulis segala nota keatas muka duit itu sebanyak mungkin, pastu buat buat la macam nak kira duit, ala-ala bos nak kasi duit kepada orang-orangnya. 
Caranya:-
1.Bukak wallet dengan bangga & cool
2.Buat-buat kira duit yg berwarna- warni
3.amek duit yg ade notes tuh kemudian buat la belek-belek (padahal tgh baca)
4.Cikgu-cikgu yg dah tahu taktik ni apa lagi, serbu..

14. Menulis di lengan dengan memakai baju lengan panjang.
Ya, ya.. inilah taktik yang lama dan rasanya ramai yg x buat dah. sebagai renungan dan panduan cikgu-cikguperhatikan budak-budak yg tetiba lipat baju lengan panjang tuh x pun yg tak butang baju tersebut.
Caranya, nota ditulis disepanjang lengan dan membacanya dengan membuka butang dan letak tangan berdekatan kertas soalan.

 15. Nota ditulis kedalam pencil case lutsinar.
Teknik ini boleh dikatakan baharu dan selamat 50/50.haha! maklumlah..bila buat dosa mmg bnyk cabaran nya. ok 
Caranya :-
1. Buat nota kecik -kecik dipotong lebih kurang sama saiz.
2.Masukkan kedalam bekas lutsinar tersebut (Dibelakang alat tulis supaya senang).
3.Letak secara sistematik dan perlahan-lahan.

4. Terbalikkan semula bekas lutsinar.
5.Pastikan cover dengan pelbagai jenis alat tulis didalamnya..
6.Jika nak meniru, pusingkn sahaja pencil case dan tirulah sepuas-puasnya.

Tadaaa..cikgu- cikgu haruslah rajin mengecheck pencil case budak-budak zaman sekarang

16.Letak Nota dalam pencil case

Amboi-amboi korang...makin naik syeh nak meniru yer..haha!
ok kali ni pasal teknik yang biasa tapi caranya luar biasa.
Iaitu dengan meletakkan nota kedalam pencil case/box tertutup.
Caranya :-
I.Buat² carik liqiud ker,pemadam ker atau apa-apa lah yang peting dan yang pasti kawan-kawan korang takde bende itu. Buat² gelabah sket.

II. Tanya kat kawan sebelah bila line clear, konon konon tanyela, ''weh ade liquid x?''
pastikan kawan ko tuh mmg takde liquid kalo x...hancurla masa depan korang..haha!
3. Tadaaa...misi anda tercapai dengan jayanya, dengan buat-buat check pencil box konon-konon ade ke tak liquid tuh, sambil membaca nota yang telah ditulis dalam tuh!

17. Letak Nota kecil dalam stepler untuk share jawapan/soalan dengan kawan.

Sediakan barang-barangnya.
Stepler
Kertas yang telah dilipat empat

Caranya:-
1. Masukkan kertas kedalam stepler tersebut.
2. ketap stepler biarkan kertas terpenyek didalam.
3. Tadaaa! anda bolehlah meng'share' stepler itu kepada kawan² yang pandai²..
kot kot nak tahu jawapan apa kan.?

18. Label Botol Minuman

Katanya, teknik ini sangat popular dibarat, maklumlah kehidupan yang canggih, pemikiran pon canggih jugak *la sangat..
ok teknik nya ialah

1. Menanggalkan Label pada Botol dengan berhati hati supaya tak koyak!

2. Selepas itu, Scan label dalam scanner/printer!
3. Lekat nota / edit dalam label tersebut supaya betul betul nampak mcm real, konon2 ingredient..padahal..
3.Lekat bahan tersebut  berhati-hati dan tadaaa...anda mempunyai satu bahan tiruan yang tak dapat dikesan oleh sesiapapun.* dulu la... kalao sekarang tidak lagi! haha~

19. Sapu Tangan Hikmat 
Sapu tangan merupakan barang paling biasa dan tak tercapai dek akal guru-guru bahawa anda sedang meniru! Caranya, nota dipotong kecil-kecil dan diletakkan dibawah sapu tangan. pastikan sapu tangan itu basah skit dan agak busuk..haha! * yang pasti cikgu korang takkan pegang langsung. lagi-lagi kalau korang buat² selesema, lagi la dia geli..haha
cikgu bolehlah check bawah sapu tangan budak-budak, kalo-kalo ade yg letak note.

SEMADAH BICARA BUAT WARGA PENDIDIK. 

''cikgu-cikgu haruslah kreatif dizaman ini~yeah! 
cikgu-cikgu apa lagi, kalau dah bosan sangat menjaga murid semasa exam, ha! ini lah caranya..best bukan? haha! selamat mencuba!!

Entry kali ini bukanla nak ajar korang camner nk tiru..tetapi ianya sebagai panduan para guru & pengawas untuk mengesyaki seseorang itu meniru ataupun tidak.

Jangan risaw, cara-cara berikut telah dikaji dengan sahihnya dan telah ditanyakan secara terperinci oleh murid-murid.''

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga


JIKA ADA YANG MEMBACA ENTRY INI BELUM HABIS SEKOLAH ,
SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SAMA SEKALI. TERIMA KASIH.

Sabtu, 17 Disember 2011

Hanya Tinggal Sejarah

Semalam wishlist after spm telah berjaya saya selesaikan..dgn ,menyumbgkn buku2 kpd adik2 yg akan naik form5

Tadi saya sudahpun menyelesaikan beberapa wishlist saya selepas spm ini..hoho
iaitu mengemas buku-buku yg dah guna..
fuhh penat-penat..

UPACARA KECIL-KECILAN MEMBAKAR BUKU ADDMATH TELAH DIJALANKAN..
babai addmath yg sentiasa menganggu konsentrasi aku semasa dalam kehidupan sebagai budak form4 & form 5...goodie

buku add math dibakar


too see my wishlist after SPM click here 'WISHLIST AFTER SPM'

MY WISHLIST 4/9 so, 5 more to complete it..

Khamis, 8 Disember 2011

aku kembali mengganaz di dunia BLOG!

HELLO HELLO
SPM SAYA DAH HABIS...
AWAK TAHU APA MAKSUD 'FREEDOM'?

ITULAH PERASAAN SAYA SEKARANG!



AWAS KORANG! JAGA-JAGA! AKU KEMBALI MENGGANAS!

Isnin, 28 November 2011

wishlist after spm!

wohooo...assalamualaikum~salam sejahtera

SPM.SPM.SPM
setiap manusia akan menghadapi nya bukan?haha
TETAPI
apa yang harus dibuat selepas SPM
sementara tunggu 
RESULT
keluaarr?????? (i'm screaming)
jop tengok wishlist saya!
  1. Take a driver license. done at 12/12/11 done at 18/1/2012
  2. find part time work (Sky Park Subang? 7 Eleven? hurmm). done at 20/1/2012
  3. sumbangkan buku-buku SPM untuk Library/budak (baik kan saya *o* ) done at 16/12/11
  4. membakar buku-buku ADDMATH~ yeahh feveret part~   done at 17/12/11
  5. mengemas buku-buku yang sekian lama berhabuk done at 17/12/11
  6. menyiapkan majalah sekolah versi virtual (e-book)
  7. mencari gajah² yang hilang di sekitar rumah
  8. apply segala feveret Universiti 
  9. make MONEY!!! $$
dengan cara:-
  • menjual Felt Craft (Online)
  • menjual marble handmade art (Online)
  • menjual handmade tote bag handmade drawing (Online)



#rancangan ini telah disokong penuh oleh keluarga saya. ANDA??

Jumaat, 25 November 2011

SPM DAH NAK HABES!!!

HORRAAY!

3 SUBJECT JE LAGI~
DOAKAN SAYA!!
♦○♦

Rabu, 12 Oktober 2011

Librarian Guys

Assalamualaikum ,halo halo...
*updated tgh malam ni..heeeee.
semalam? eh..ehmmm pada 11/10/2011..
saye dn kengkawan pergi library shah alam..haha dowang ajak..before ni saye g kakak hantar, tp ni kwn hantar.
tujuan utama nak belajar lah kan..apa lagi..tujuan sampingan  nengok theather 6D. woooohoo..
tapi malang sekali theather itu dlm penambahbaikan..
kalau sebelum ni saya & budak 2morrow(zahirul) serta farahani pergi...best shiookk..best gilak!!hoho
theather 6D ni mcm tgk wayang tp kerusi korg bergerak2 plus kluar asap2..wooo..sng citer korang akan merasai apa yang ada dlm citer tersebut..citer biase2 je..ala-ala roller coaster...haha...berpusing²...aku citer bnyk2 pon bukan korg baca sgt kan..so baik korg pergi bersama keluarga atau rakan tercinta anda~♥

outside library


korang taw kan ada library selangor yg baru?
oo'h  x taw lagi?...
library shah alam / library selangor yg baru terletaknya di KGSAAS.  Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah ...berdekatan dgn laman seri & PTPL.
TAHUKAH ANDA ? PERPUSTAKAAN SELANGOR MERUPAKAN HADIAH SULTAN SELANGOR KEPADA RAKYAT SELANGOR! DAULAT TUANKU!


inside library
kerajinan terserlah

CIKGU SENI..one day...heheee...

ataupun..

CIKGU GEOGRAFI one day...?

haha~
ho yeah2..
PPAS mmg cantik..& i like it very much..
hoho

encik faiz & encik arep dah nak balik~

apsal time aku jer kabor? errrrrr

pastu dah nak bali kitorg gi makan kat sek.10
&
gi shopping @ Plaza Masalam & SACC mall..
heee
then balik


THATS ALL ABOUT MY STORIES @ PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor)

Rabu, 5 Oktober 2011

September Chronicle

september chronicle

1.birthday raya
sambutan birthday raya ..yg sptutnya pada 31 0gos ttp ditunda kpd 17 september..

sekitar gmba birthdaya raya~

AND SETIAP BUFDAY MESTI ADA PRESENT KAN! HEHE
INI LAH DIA~

2.solat hajat spm-pmr
solat hajat selalu dilakukan setiap minggu di sekolah ..
tp yg ni kat versi masjid..

3.Shah Alam nEW Library 

4.Bandung Trip

sampai ke bumi bandung~ Airport Husein Sastranegara

Kawah putih

selalu ramai rkyt malaysia akn ke bandung , thne pergi ke tangkuban perahu..
tp disbbkn kitorg da pnh pegi..pak supir bwk kitorg g Kawah Putih..
Mase tuh ramai gilo..haha! sejuk..best! tempat ni terjadi apabila letusan gunung berapi yg kuat lalu membentuk tasik di tepi..beautiful~ ada cerita die..tp nnti la crita haha~..x pon korang pegi sana~

Trans Studio Bandung ( Largest Indoor Theme Park)

TRANS STUDIO Bandung! best weyy! tp bnyk sgt mende² yg bahaya.haha (bagi aku bahaya la).hihi
syokk..ada persembahan! ala-ala lion king versi USA tuh..

Pasar Baru Trade Centre.
Malaysian Favorite *

di sekitar hotel grand setiabudi

KAMPUNG GAJAH!!
KAMPUNG gajah! best sgt..semua gajah~ dari gate masuk..sampai la tong sampah..

Bandung Zoo

Last but not least..
mase nak kluar..sesat pulak..haha! sebab pintu keluar ada 3..haha..kakak da hangin da mase tuh..hihi...
pergi ngan kakak je ..mom & atok xmo ikot..
zoo ni mmg sejuk..best gileee...x panas weyy..

5.TRIAL SPM
~NEW GRED : NAK LULUS (40 KEATS)
NAK A- (75 -80 & SETERUSNYA)
OH EM GEE..

ITULAH CERITERA SEPTEMBER SAYA!