السلام عليكم
Ya...header baharu..sudah bertukar menjadi ayat perangsang. haha..
Kenapa Semangat Gajah? . Mesti korang tertanya- tanya. Pada pandangan mata kasar korang,SEEKOR gajah..apalah sangat dengan binatang gemuk kelabu berkedut dan tidak comel barangkali.
Hah! Kesaktian dan keunggulan binatang ini telah lama dicungkil oleh para orang yang bijaksana dahulu kala.
Gajah merupakan lambang kesaktian dan kesucian dalam sesetengah agama yang mempercayainya malah binatang ini telah lama wujud dan pintar bagai manusia jika dilatih.
Gajah binatang raksaksa yang mana panggilan Gajah telah diambil dari bahasa sanskrit yang membawa maksud Dentuman Guruh telah membawa kita menyaksikan haiwan ini terlalu agung sampaikan para sultan dan raja pembesar dahulu kala menjadikan ia bintang rasmi diraja disamping keistimewaannya tersendiri dalam berberapa agama dunia. Tambahan pula terdapat juga surah al-fil dalam Alquran kareem yang menceritakan tentang raja abrahah yang ingin meruntuhkan kaabah menggunakan tentera bergajah yang dihadiahkan dari raja raja di Afrika namun semuanya tidak terhasil oleh kerana ketaatan Gajah Pada Allah serta pertolongan burung syurga yang membawa batu api neraka.
Oleh yang demikian, tidak salahlah jika mengatakan SEMANGAT BAK GAJAH.
Semangat gajah yang sentiasa tidak pernah luntur pudar menyusuri susur galur kehidupan yang semakin mencabar dari hari kehari. Kekuatan dan kesabaran Sang Gajah menghadapi cabaran dunia ditempuhi dengan penuh onak dan duri antaranya berhadapan dengan penghapusan habitat dan diburu sang pemburu yang tiada tara kasihan akan makhluk agung Tuhan ini.
Begitulah juga kehidupan manusia seperti anda-anda diluar sana yang sedang dalam pertarungan dalam kehidupan bagi mendapatkan keselesaan tahap maksimum serta menempuhi segala onak dan cabaran yang telah ditiulis-NYA agar mendapat hidayah dan rahmat serta ditempatkan di dalam syurga al firdausi~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan