Untuk mengelakkan segala perkara tidak diinigini kita hendaklah ''Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai'' kerana dengan ini ia dapat memberi kesan yang positif dalam kehidupan seharian kita serta merangkumi negara dan masyarakat sekeliling. Selain itu, kita haruslah Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Kerana dengan berfikir secara rasional dapat membezakan antara perkara yang baik dan perkara yang buruk. Disamping itu perkara yang diluar jangkaan kita ini haruslah ada masa dan tempat yang sesuai agar tidak memberikan masalah kepada masyarakat sekeliling kerana ''Berbuat di alang, belayar di luar musim'' dan mestilah ''Berkaul pada keramat'' dan ''Dalam berselam, cetek bertimba''.
Tambahan pula, kita hendaklah Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang dan tidak terus bertindak melulu dengan tujuan yang belum tentu dapat dilaksanakan. Sifat dalaman haruslah bersih dari segalanya dan menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kita hendaklah menjaga peribadi dan rohani serta jasmani diri agar tidak mudah dipandang serong masyarakat sekitar dan ''Biar mati anak jangan mati adat'' kerana adat merupakan pelengkap dalam sesuatu masyarakat lebih-lebih lagi di dalam negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama dan jangan dibiarkan ditinggalkan begitu sahaja sehingga sanggup dipijak-pijak bangsa lain.
Rakyat (dalam konteks Masyarakat) umpama akar, pemimpin itu umpama pohonnya jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak dapat berdiri." Pun begitu, jika kita mahu pohon yang tumbuh itu dari benih yang terpilih, yang akar haruslah penuh berkelayakan dan teguh bersatu untuk menghasilkan buah yang manis dan ranum ditambah pula dengan bunga-bunga yang mekar dan menyerikan lagi pohon tersebut.Rakyat harus lah bersatu padu dan biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang. Rakyat juga janganlah rebutkan tembikar pecah kerana tiada gunanya.
Justeru, bak kata peribahasa melayu Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, kita perlulah sentiasa selidik perkara yang betul dan mencari kebenaran tanpa mempercayai bulat-bulat dari kata mahupun fakta sebenarnya sendiri. Kita haruslah Jalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah agar tidak memberikan kata fitnah yang dapat merosakan diri kita sendiri sekaligus memburukan masyarakat ke persada mayapada ini.
Akhir sekali,keamanan negara juga haruslah dikekalkan menerusi amalan demokrasi yang dilaksanakan di negara ini apabila tempoh pemerintahan kerajaan sebelumnya hampir tamat. Pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di negara ini masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat. Keadaan ini menjadikan keyakinan rakyat terhadap system pemerintahan kerajaan bertambah baik setiap kali proses demokrasi itu dilaksanakan. Jelaslah, proses demokrasi yang diamalkan menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di negara ini.Kita sebagai rakyat yang prihatin tidaklah mahu menjaga tepi kain orang lain tetapi bak kata peribahasa ''Jangan buat kerbau tanduk panjang'' tapi biarlah benda-benda ni semua tidak terlalu melampaui batas dan Jangan dibiarkan sampai naik ke mata. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis , maklumlah negara kita mempunyai undang-undang dan janganlah cepat mempercayai kata-kata manis orang bak kata peribahasa ''Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan''.disebabkan perkara ini besar janganlah kita menyangka ''Ombak yang kecil jangan ditidakkan'' . Yang pasti mereka ini haruslah memilih kesesuaian sesuatu perkara dengan bijaksana~
Kesimpulannya, keadaan keamanan yang sebegini perlu dikekalkan untuk selama-lamanya. Pada masa yang sama aspek pembangunan negara harus diberikan penekanan juga kerana inilah kemodenan yang harus dinikmati oleh semua. Kita harus sedar dan menghargai aspek keamanan ini dengan sebaik mungkin. Peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” kerana keamanan ini memerlukan satu usaha yang gigih daripada semua pihak.Demi islam yang syumul dan budaya yang bersendi syarak harus kita pelihara.
Bersama istiqamah jayakan wawasan.
"Al-Qudwah Qabla Da'wah"
Teladan didahulukan sebelum dakwah dilakukan
© HAK CIPTA TERPELIHARA 2011 ELEFUNZ™
sumber rujukan : Puan Faizah , Buku Peribahasa , Kamus Dewan, Kamus Elektronik, zaimthinks
Moga selamat semuanya esok. huhu.
BalasPadam@siti
BalasPadam:)
@ayie
BalasPadamrisaw jugak nih