Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H/2011M

Assalamualaikum & salam sejahtera!
Salam maulidurrasul...



PENGENALAN.

Kedatangan MaulIdur Rasul tahun 1432 untuk kali ini sepatutnya sudah cukup mengajak kita untuk muhasabah diri masing-masing. Banyak manakah kerja amal yang kita lakukan untuk bekal hari kematian yang akan muncul tiba-tiba. Atau cukupkah kita dengan amal soleh sebagai pesiapan hari yang pasti itu. Sama-samala kita emperoleh kejayaan di akhirat dan di dunia.

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.


HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.


Adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan