Rabu, 28 Disember 2011

Terima Kasih Daun Keladi!


السلام عليكم

Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah~
akhirnya saya menang! haha ! suka gilaaaaa...
menang first time pulak...
alahaii.suka gilaa

eh kejap-kejap..
menang apa ni? tetiba crita pasal menang?

ok.pada suatu hari, kat fb ni..aku pon terbukak la page Elephant Parade..
sedikit info ttg elephant parade


('' Elephant Parade'' ialah satu pameran outdoor TERBESAR di dunia ,khusus untuk menyelamatkan gajah asia dari kepupusan. Sepanjang beberapa bulan, beratus ratus patung gajah saiz SEBENAR yang diwarnakan/di'design', dicorakkan dan diletakkan di bandar sebagai alat pameran. Gajah-gajah ini dilukis oleh pelukis² antarabangsa dan tempatan. Pada akhir pameran, gajah-gajah ini akan dilelong kepada individu dan pertubuhan pertubuhan khas. Sebahagian daripada lelongan akan didermakan kepada Yayasan Gajah Asia. )





ok sambung balik~
maka bila aku bukak page tersebut , ade contest lah pulak~..
contest tuh suruh kita mereka design gajah pada template yg telah diberikan.tugas kita hanyalah harus mencorakkan badan gajah tersebut.& the most likes win~
woohoo..apa lagi dengan bangganya aku pon join lah..
tahu x? ya ampuun..susahnya nak menang..haha
mula mula watlek luh sbb dah soh kawan2 like...bnyk kot..haha banyak gila. aderla mcm 120++.
TETIBA..!! (suspens x)..
my sister said 'dik ko dah check ke yang lain punya'..
haha...ya ampun..aku ingt aku sorg je yang masuk contest ni..mak aih..banyak rupanya...
haha..serius terpanjat..terpanjat sangat..tgk tgk ade yg dah ada yang challange mine..
ya allah..sangat takut..
oleh itu dengan pantasnya..aq suruh kawan-kwn like that picca..
serius...dan untuk awak-awak yang like pic ni..saya nak berterima kasih gila gila...
rasa mcm nak belanja semua orang je..
haha..apa kan daya... so dengan itu bermula lah tagihan simpati sbb soh diorg like..huhu
dan tiada paksaan..haha..semua rela hati kan? haha..a friends in need is a friend indeed right?


2 malam tak tidur mengenangkan nasib bakal menimpa..
sebabnya saya membawa nama negara ke persada dunia!
dan ya! hanya saya seorang rakyat malaysia yang menyertai pertandingan itu!
saya sangat berbangga!
dan saya sngat berbanggga dan terharu sbb kawan-kawan saya x henti henti tolong
terutama kakak angkat saya dari Laos! die mengkongsikan gambarnya ke dalam kumpulan2 yang die sertai dalam facebook itu! itu sangat menyentuh jiwa saya!


------------------------------------------------------------------------------------------------------
ENGLISH TARANSLATE:


2 night i not sleep cause thinking about my fate!
because i bring my country names to the world.!
and yes! i'm the one and only malaysian in that contest.!
i was so proud!
and i was so proud and so touched because my friends non stop helping me!
especially my adopt sister (Sis Sing Sing) from Laos! she share that picture to her group! thats really take my heart ! 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
♥ terima kasih kepada mama! yang bersama sejuk2 kaki & tangan mengenang nasib..haha!
pukul 3 pagi dah tepon kawan2 dan sedara suruh like. bayangkanlahh...


♥ terima kasih kepada saudara mara yang x henti henti menyuruh anak mereka like sama.ahaksss


♥ terima kasih kepada kawan mama/ kawan kakak/ kawan atuk sbb like picca itu..


♥ terima kasih juga kepada my adik♠ haha~ her real name is nur adilah.(carilah..kat fb xdepon) dia lah yang sedikit sebanyak membantu saya ! serius dia ni baik orangnya..nice to know her..org perak.haha~ org perak bnyk yg baik2 eh? haha~ LOLs


♥ terima kasih juga kepada my best/clever ever , bro man jun & bro budu/arep!.. terima kasih sbb invite kawan-kwan anda menglike picca ini dan memberi sedikit sebanyak moral support.


♥ terima kasih kepada Muhammad Hazim | Wan Radiah Wan Omar | Aen Naqibah | Amirul Asyraaf  |  kawan kawan fb yang lain! << mereka org2 yg share gambar itu.


dan kawan-kawan yang sudi menglike gambr ini,


---->>> <<<---

Sya berasa amat terharu dan gembira apabila tengok ramai juga yang sokong saya ni..walaupon ade juga orang lain yang like gamba gajah lain.sighh! dan x layan saya..
sejujurnya saya dah tak tahu macam mana nak berterima kasih..
tapi mmg penat soh org like nih.haha
harap ini bukan yg last aku join contest gila gila macamni..kahkah~

dengan ini dengan bangganya..saya memperkenal kan
ONE ASEAN!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copyright Hareez Haiqal 2011-2012 & Elephant Parade.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
one ASEAN .. negara-negara ASEAN yang unik menjadi sumber inspirasi aku untuk membuat network ini. Sesungguhnya kita semua kan warga ASEAN. ya! perlu berbangga..disertakan PETRONAS TWIN TOWER,MONAS,MERLION,ANGKOR WAT,PAGODA.
mmg x cantik sgt..sbb ramai lagi yg cantik cantik...tapi alhamdulillah..MENANG juga!
berkat usaha sama facebookers..ho yeah!

Dan sebaik sahaja pengumuman dilakukan di fb..''wahhh gembira nya hati sya''
melompat lompat beb..haha~
sukanyaa..

tengok ni~
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH AWAK!
INI PERTAMA KALI SAYA MENANG SOMETHING DALAM INTERNET DAN SAYA SUKA!


Jumaat, 23 Disember 2011

DUIT ! MONEY ! பணம்! 资金! المال! UANG!

HO YEA. HO YEA..
DAH TGK DUIT BAHARU RINGGIT MALAYSIA NEXT YEAR?
CANTIK BUKAN?
seperti monopoly
HAHA! SANGAT KALERFUL..

beruntung sungguh duit-duit ni....
asyik tukar tukar rupa je..haha~
so kepada sesiapa yang belum tengok 
boleh lah tgk video ni yer..



mari kita saksikan duit RM 1.
Dari pertama kali keluar sampai la today..
yuk..tengok yuk!!

 

which is da best?

TERBAIKK...LAH~

Rabu, 21 Disember 2011

Candylicious @ OneUtama & Result PMR

AMARAN: ENTRY KALI INI AKAN MENYEBABKAN KAKI 
ANDA SEPERTI DIHIRIS-HIRIS. Terima Kasih

huwaaa...ingat kan garrett popcorn dah bukak!!
tapi...malang sungguh..belum lagi rupanya....
tapi kan..tapi kan..saya ada sesuatu nak tunjuk kat awak-awak semua diluar sana...
tadi saya pergi OU saya nampak satu kedai...

kedai tuh nama dia.

C.A.N.D.Y.L.I.C.I.O.U.S


see? nampak apa aku nampak? haha~ itu dia...
kedai candylicious...dimana terletaknya pelbagai jenis gegula yg sedap sedap belaka..
kat One utama ni merupakan candylicious ke-2 di Malaysia yang dibuka selepas di SURIA KLCC!

wow! that store very suprising me!especially my mom! haha!
yup it's is serious...my mom is one of the excited


arghhhh memang menggila apabila berada disini..
tapi disebabkan sangat rushing sbb mom parking kat tepi jalan..takut kene saman...
main cekup jela apa yang berkenan di hati..hoho...
awak tahu kedai ni..mmg kalerful....kalo lama lama dalam kedai ni boleh jadi gila..
x percaya? cubala~

ini antara barang-barang yang dibeli..

candylicious: the place where to cut your leg..haha
sajian POTONG KAKI~ Wehhh

ni  my mom yg beli...haha~~
itula pasal x tgk harga sebelum membeli..haha
mahal gilaaa....


this is my feveret..jelly belly!!
kene try! haha

---the end--

& KEPADA ADIK ADIK PMR KU~
ESOK KORANG AMEK RESULT KAN!
HOHO....SELAMAT MENGAMBIL LAH..
NAK CAKAP GOODLUCK TAK BOLEH..SBB DA HABIS..HAHA
OK.LA
MESTI BERJAYA PUNYA! ADIK2 YANG COMEL~
especially budak2 smk.subang 
(klas adil (my bro& sis), bakti, cekap,d,e,f,g,h,i sampai z | budak-budak yg jadi adik² facebook saya :william/syafiz/hani/fitrah/faridzwan/atip/geng sk8 adil/...dan semua lah..
termasuk juga budak² dari sekolah luar & seluruh malaysia~ lahh~...

-♥☺♥ -



#sakit hati sbb garrett popcorn x bukak lagi..ish bile lah agaknya~

Garrett Popcorn Food from heaven~

food from heaven?
oh yea? really?

haha! tak la heaven sgt...tp boleh lah membuatkan anda melayang-layang bak kertas yang ditiup angin..
ni nak citer pasal garrett popcorn..



garrett popcorn..pernahkah anda mendengar nama popcorn itu?
x pernah? oh ya mungkin kepada makcik2 dan kabang(kakak+abang) diluar sana belum merasainya..
jika kita mahukan ia..terpaksalah kita ke singapura atau dubai atau chicago untuk mencari popcorn sesedap ini~

memey! tok tipu  wehhh..
sedap gila..first time rasa popcorn ni kat singapore...
ade jual kat kedai ,luar daripada Resort World Sentosa a.k.a Universal Studio Singapore..
bau popcorn ini mmg menusuk hidung..



ya allah sedap gilaa..
selalu kita rasa popcorn kat pasar malam yg kalerful tuh, pastu kat pawagam..kan? kan?
tu pon korang da rase mcm sedap gila kan? haha

apetah lagi ini..Garrett Popcorn yg originalnya dari Chicago..
ade bnyk flavour popcorn ni..korang bolehla ke laman web popcorn paling sedap didunia ini ya

Baru-baru ni kat KLCC dah bukak..wohooo..
dengar kata orang..panjang die gile-gile ah..
and harge pon lebih luar biasa daripada popcorn yg biasa..
maklumlah popcorn luar biasa, yang luar biasa kita tgk..(berapa bnyk luar biasa daaa)



Ada beberapa saiz utk dipilih..antaranya ada dalam tin(mahal gilo),  
dalam paperbag(ade size lah)
untuk korang² pilih...

dan pasti..ianya sangat mengujakan...dan
mengAIRLIURKAN...eh silap...
menggiurkan..haha~

cubelah..korang² pergi..try rasa...
ESOK (WEDNESDAY) dah bukak! soo yummy!!
bawak keluarga anda bersama~
anda pasti tidak akan melupakannya..

#to my mama : mama! dah bukak ni..bila nak pergi....((((:



Isnin, 19 Disember 2011

Baru perasan!

eh terima kasih kepada makcik farah sbb bgtaw bender yg aku x sangke² and x tahu tentang itu..

dalam blog die ad post ttg shoutmix akan mngenakan bayaran start bulan 1 2012 nnti..
what the farah~
haha~


apa kejadahnya? mintak 2 duitt...eee xmalu..haha~

aaalaaaaa..abis tuh nk kene guna apa? shoutbox / cbox/ berdasarkn apa yg dia kata..
mmg btol yg lain2 lain ni mmg x sekiut shout mix..
aargghhh
tension-tension...
tapi xperla..
haha~argghh x suka.,..tidak boleh ku menerima ini semua! haha maklumlah shoutmix nak untung..
ramai pengguna lah tuh..

baiklah encik shoutmix! saya dengan awak tiada apa-apa hubungan lagi! kita putos!
dan awak !

sangat kejam pada insan teraniaya pada kami semua..woaahh! skrip drama korea..haha



Sabtu, 17 Disember 2011

Hanya Tinggal Sejarah

Semalam wishlist after spm telah berjaya saya selesaikan..dgn ,menyumbgkn buku2 kpd adik2 yg akan naik form5

Tadi saya sudahpun menyelesaikan beberapa wishlist saya selepas spm ini..hoho
iaitu mengemas buku-buku yg dah guna..
fuhh penat-penat..

UPACARA KECIL-KECILAN MEMBAKAR BUKU ADDMATH TELAH DIJALANKAN..
babai addmath yg sentiasa menganggu konsentrasi aku semasa dalam kehidupan sebagai budak form4 & form 5...goodie

buku add math dibakar


too see my wishlist after SPM click here 'WISHLIST AFTER SPM'

MY WISHLIST 4/9 so, 5 more to complete it..

Khamis, 15 Disember 2011

BUKU GIVEAWAY!

assalamualaikum..saya hareez haiqal ada khabar berita untuk anda.
saya ada beberapa buku yang tidak digunakan/suku guna/buku rujukan untuk diberikan secara PERCUMA kepada anda semua especially budak SPM tahun 2012!
berdasarkan terma dan syarat

T&S:
1.Tinggal di Area subang
2.terbuka kepada semua warga dunia
3.dah ambil jgn bnyk komen
4.yup!! ianya PERCUMA!
5.buku add math tiada (ALREADY burn) semoga rohnya dicucuri rahmat~

gamba buku tersebut akan diupload dalam minggu ini. Sila nyatalan buku apa anda mahu.

Rabu, 14 Disember 2011

wahhh! best nya!


 السلام عليكم 

Woahh..best nya!!
tahun ini saya dapat rasakan apa yg saya impikan tercapai...
tetapi..
saya amat takut..
kalau-kalau...
Allah berikan saya keputusan yg buruk satu hari nanti...sbb banyak sgt 
benda telah terlaksana..
tak mustahil Allah akan memberikan sesuatu yg pahit bukan?

aarghhh takut..


ok..sambung kepada tajuk yang telah dinyatakan..
hoho

''pernah korang bermimpi or berangan nama korang disebut dalam sesebuah radio?

saya kalini mmg lain..
terkejut saya apabila nama saya disebut dalam radio Indonesia iaitu
Radio PPI Dunia
woaaahh!!!
tepanjat taw! haha~



TIDAK SANGKA (1) my bro from indonesia ajak saya ke radio itu & terus sebut nama saya..
hoho die terangkan la yg saya ni dari malaysia..hoho

TIDAK SANGKA(2) my bro itu seorang DJ radio wow!!!

TIDAK SANGKA (3) boleh siap request lagu lagik!

TIDAK SANGKA (4) Saya dapat berinteraksi dgn beliau..hoho

SEDIKIT INFO TTG BELIAU.
his name is Reja dalimunthe.. gue panggilin dia (Bro reja)
from Indonesia 
and now sedang belajar di Manila Philippines~

click sini utk dengar radio & kenali reja


itulahh best nyaa..
lagu yg saya request ialah : YA SUDAHLAH (bondan prakaso)
heee
try la dgr..best!

#pabilaperasaangembiramenyelubungidiri

Selasa, 13 Disember 2011

amek lesen!

assalamualaikum~
halo-halo-halo

untuk pengetahuan awak-awak diluar sana~
saya da masuk kelas Memandu tahu? 
kat mana? kat cni => METRO DRIVING ACADEMY
haha~ best nihh



first time to take license..sbb tuh agak terkinja-kinja..hakhak~
one of my wishlist( 1/9) suda tercapai~

this is one of the elefunz mascot. You can see this mascot from right corner of my blog.

ape-ape pon wish me luck! sebab lepas ni ade exam memandu pula...hohoh!


oh yeah!!

akhir kata :
YEAH* (1/9)

Isnin, 12 Disember 2011

داولت توانکو

داولت توانکو


Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mengangkat keris kerajaan sempena Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 26 April 2007 di Istana Negara.

سموݢ الله ملنجوتکن اوسيا زمان

کامي رعية دولي توانکو،

کامي جونجوڠ دولي توانکو،

کامي طاعة کباوە دولي توانکو

طاعة 
ستياڤ وقتو 

ڤد توهن کامي ڤوهونکن،

داولت توان دککلکن،

رعية برساتو دالم امان،

داولت توانکو دولي جونجوڠن

Khamis, 8 Disember 2011

aku kembali mengganaz di dunia BLOG!

HELLO HELLO
SPM SAYA DAH HABIS...
AWAK TAHU APA MAKSUD 'FREEDOM'?

ITULAH PERASAAN SAYA SEKARANG!



AWAS KORANG! JAGA-JAGA! AKU KEMBALI MENGGANAS!

Rabu, 7 Disember 2011

lagi sehari je!

kemon! kemon! yeah! lagi sehari sahaja lagi..exam spm ku bakal berakhir dengan penuh sejarah!
ya allah pemudahkan kah aku untuk menjawab peperiksaan aku ya allah untuk hari ini (7disember2011) dan esok (8disember2011)

sangat jealous apabila melihat kawan2 yang sudah habis exam...
bak kata pepatah...
biar lambat asal selamat.. wink wink..